Rasa kasut Adidas Yeezy Boost 350 V2 ‘Beluga’ terlalu mahal? Ini mungkin alternatif untuk anda. Baru-baru ini, Seorang pengguna Twitter terjumpa sepasang kasut di butik Skechers yang coraknya tak ubah seperti 350 Beluga.

yeezy beluga
Adidas Yeezy Boost 350 V2 ‘Beluga’ yang sebenar

Ada peminat setia Skechers di sini? Ini bukan pertama kali Skechers meniru rekaan kasut jenama lain. Sebelum ini pelbagai rekaan dari Nike, Vans dan banyak lagi ditiru tetapi rekaan corak Yeezy Beluga ini yang paling pelik.

Rekaan asalnya yang sporty kini diterjemah ke bentuk kasut pejabat. Jika anda ke laman rasmi Skechers, anda akan jumpa pelbagai rekaan yang serupa dengan model Adidas yang lain seperti Tubular, UltraBoost, Stan Smith dan banyak lagi. Ya, kasut kerja Beluga ini pun anda boleh beli secara atas talian.

Beluga

Ianya dijual pada harga USD90 (lebih kurang RM385). Murahlah jika dibandingkan dengan harga pasaran Yeezy Boost 350 V2 ‘Beluga’ RM4,000. Nanti kami akan cuba ke butik Skechers untuk lihat sama ada model ini masuk ke Malaysia atau pun tidak. Menangnya kasut Skechers ‘Beluga’ ini adalah ianya boleh disarung untuk ke pejabat. Ada yang suka dengan rekaan kasut ini?