billboard zhang

Bukan orang Malaysia saja yang senang terpengaruh dengan skim cepat kaya tapi satu dunia memang suka skim cepat kaya. Cerita benar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masakan seorang businessman yang berjaya dari China datang ke Malaysia untuk mempromosikan skim cepat kaya atau dalam bahasa lain MLM. Kami yakin anda sangat kenal dengan bisnes MLM.

Di Penang terdapat satu papan iklan gergasi yang menunjukkan gambar seorang orang cina dan tertulis “bakal orang terkaya’ di dunia mempromosikan bisnes berkonsepkan MLM atas nama YSLM.

Menariknya, kedutaan China melalui The Star telah memberitahu syarikat tersebut telah di haramkan di China dan pengasasnya telah beberapa kali ditahan pihak polis.

Rakyat China melalui beberapa laman web China pula melaporkan pengasasnya Yun Shu Mao telah menukar nama dan terbang ke Malaysia untuk meluaskan empayar MLM nya dengan mengguna nama Zhang Jian.

Dalam website yang sama juga, dilaporkan awal tahun ini skim cepat kaya yang dijalankan oleh pemuda ini telah mengakibatkan 10,000 orang kehilangan wang tunai berjumla RM20juta

Duta China di Malaysia, Huang Huikang berkata kedutaan China sedang menyiasat skim cepat kaya ini dan menasihatkan orang ramai supaya berhati hati.

zhang billboard

Sementara itu di Butterworth, Majlis Perbandaran mengarahkan papan iklan gergasi skim cepat kaya yang dipasang berhampiran plaza tol Jambatan Pulau Pinang diturunkan.

Sekiranya anda mempunyai wang berlebihan eloklah kiranya anda sponsor kos operasi kami di The Vocket daripada memberi kepada alien alien di luar sana. Eh.