Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini viral di media sosial tentang satu produk penjagaan kulit terbaru yang laris sakan di pasaran. Pada mulanya macam risau nak cuba sebab kulit saya jenis sensitif. Tapi lepas baca review pengguna di Twitter, saya beranikan diri untuk beli dan cuba pakai produk ini selama 3 minggu secara konsisten.

Kalau anda nak tahu, produk yang dimaksudkan ialah Koolit™. Produk ini ada tiga pilihan iaitu Koolit™ Soothing Lotion, Koolit™ Calming Cream dan Koolit™ Gentle Body Wash. Nak tahu macam mana pengalaman saya lepas guna Koolit™? Baca artikel ini sampai habis ya!

Ini masalah kulit saya

Sebenarnya sejak zaman sekolah, saya ada masalah kulit kering, sensitif dan muka jenis cepat berjerawat. Kesemua masalah ini boleh dikatakan banyak buat saya stress dan tertekan.

Mana taknya, sebelum ini nak beli baju pun terpaksa cari kain jenis ‘cotton’ sahaja sebab kulit tak ngam dengan jenis fabrik lain. Bab skincare pulak tidak payah cakaplah, memang struggle nak cari produk yang sesuai. Kalau tersalah pilih, mesti jadi lagi teruk.

Koolitreviewww6

Bila waktu malam pula, hampir setiap hari saya kerap menggaru sewaktu tidur dan biasanya memang tidak sedar langsunglah. Tahu-tahu bangun pagi kulit dah pedih dan ada bekas luka. Paling sedih, habis kulit berparut.

Kalau bercakap pasal rawatan, sejujurnya dulu memang saya tidak ambil kisah sangat pasal penjagaan kulit sebab tiada siapa tegur pun. Tapi bila masuk universiti, keyakinan diri itu mula hilang. Mana taknya, kawan-kawan pun sudah pandang lain macam.

Sejak itulah saya mula belajar tentang penjagaan kulit hinggalah sudah bekerjaya macam sekarang. Nak tahu produk Koolit™ ini berkesan atau tidak untuk saya? Berikut adalah review saya sendiri dari minggu 1 hingga ke minggu 3.

Minggu 1: Kulit sudah tak kering lagi

Sebenarnya saya tidak perlukan satu minggu penuh pun untuk nampak kesan ketara ini. Memandangkan saya ini seorang yang tidak sabar nak tengok hasil akhir, kesan positif pada sapuan pertama Koolit™ Soothing Lotion sudah cukup buat saya happy.

Koolitreviewww8

Apa yang saya suka pasal produk ini ialah losyennya sangat cepat menyerap ke dalam kulit. Sebagai lelaki, ini membuatkan saya lebih rajin nak guna losyen sebab tidak perlukan masa lama nak tunggu ia betul-betul menyerap sempurna di kulit.

Lebih menarik, losyen ini merupakan losyen pertama saya guna yang langsung tidak berminyak atau melekit. So, memang tiada isu pakaian kotor sebab terkena losyen. Paling best, kulit saya kekal lembap dalam tempoh yang sangat lama.

Koolitreviewww2

Bukti paling ketara yang saya perasan ialah bila saya memandu kereta. Sebelum ini bahagian tangan saya selalunya akan lebih cepat kering dan ada kalanya menggelupas bila terdedah dengan aircond.

Sekarang, saya sudah tiada masalah itu lagi walaupun terpaksa memandu berjam-jam lamanya di jalan yang sesak dengan aircond kereta terpasang.

Minggu 2: Gatal-gatal kulit 99% hilang!

Koolitreviewww3

Sebenarnya, gatal-gatal pada kulit saya tidaklah teruk mana. Tapi, ada waktu ia agak merimaskan. Paling stress, kalau saya sudah mula tergaru-garu sepanjang hari dan kulit yang kemerahan bekas menggaru tadi itu jadi pedih. Keadaan ni sudah tentu buat saya rasa tidak selesa terutamanya apabila di tempat kerja.

Apa yang menakjubkan, selepas 2 minggu menggunakan losyen Koolit™ saya mula perasan kulit saya sudah tidak gatal-gatal macam dulu lagi. Walaupun rasa gatal itu bukanlah 100% hilang, tapi saya sangat yakin terlalu banyak perubahannya. Paling seronok bila kawan-kawan di pejabat pun ada cakap saya nampak lebih relaks dan happy!

Tips: Buat masa sekarang saya memang bawa losyen Koolit™ ke mana saja sebab senang nak sapu bila kulit mula rasa gatal dan tidak selesa. Lagipun sekarang kita banyak guna sanitizer, jadi losyen ini bantu elak kulit tangan anda jadi kering.

Minggu 3: Jerawat di muka pun berkurangan

Saya tidak tahu sama ada produk ini memang ada rumusan khas yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah jerawat atau tidak. Tapi apa yang pasti, percayalah ia berkesan untuk kulit saya. Kalau nak claim kata jerawat dekat muka saya ini sudah sembuh sepenuhnya lepas guna Koolit™, memang tipulah sebab masalah jerawat itu masih ada.

Cuma apa yang saya dapat kongsikan, kesan positif pada minggu ketiga penggunaan Koolit™nampaknya sangat membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat. Kalau dulu setiap minggu mesti ada jerawat baru yang tumbuh dan meninggalkan kesan parut di muka, tapi pada minggu ketiga ini sudah tiada. Parut pun macam sudah kurang!

Koolitreviewww4

Bagi yang belum tahu, produk Koolit™ memang boleh digunakan di seluruh badan termasuk kulit wajah jugak tau. Sebagai lelaki, saya rasa produk ini memang ngam dijadikan skincare sebab sangat mudah dan simple! Setakat hari ini, rutin penjagaan kulit saya senang sahaja. Saya guna Koolit™ Gentle Body Wash sebagai pencuci muka dan Koolit™ Calming Cream pula sebagai pelembap.

Mandian Koolit™ Gentle Body Wash tu jenis tidak berbuih tau. So, kalau anda guna untuk cuci muka confirm kulit akan rasa lembap dan lembut. Setakat ini, saya juga perasan masalah kulit berminyak pun sudah berkurang. Mungkin ini antara sebab jerawat dekat muka saya sudah tidak muncul. Tak sabarnya nak flawless!

Anda pun patut cuba!

Okay guys, itu sahaja review yang saya dapat kongsikan tentang produk Koolit™ sepanjang 3 minggu penggunaan ini. Doakan kulit saya semakin sihat dan terus terjaga. Alang-alang sesuai dengan kulit, saya sudah tekad nak terus guna produk ini sahaja.

Koolitreviewww10

Saya sangat sarankan anda untuk cuba produk ini sendiri. Jujur saya katakan setakat ini memang banyak efek positif pada kulit dan saya yakin kalau anda guna secara konsisten, masalah kulit anda pun boleh selesai.

Bagi yang tertanya-tanya dekat mana nak dapatkan produk viral ini, anda boleh cari dekat Watsons sahaja. Tapi kalau anda tidak berkesempatan nak keluar, anda boleh buat pesanan terus secara online dekat laman sesawang Watsons.

Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Koolit yang mungkin akan membuat anda lebih yakin dengan produk ini. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Skincare Terbaru Koolit Trending Di Twitter, Ini Review Penggunanya Punca Jadi Rebutan Netizen

Malu Dan Hilang Keyakinan Diri, 3 Wanita Ini Kongsi Kisah Duka Pernah Derita Masalah Kulit