Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dilihat peningkatan pencerobohan maklumat bank berpunca daripada pautan URL dalam SMS. Ramai mangsa yang terkena kerana menyangka ia selamat ditekan namun lain pula jadinya.
Artikel Berkaitan:
- ‘NSRC Berjaya Selamatkan RM1.4 Juta Wang Mangsa Scammer Pada Tahun Lalu’- YB Fahmi Fadzil
- ‘SKMM Berjaya Sekat Lebih 1 Bilion Nombor Panggilan ‘Scam’ Sejak 2017′- YB Fahmi Fadzil
Sehubungan itu,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi dalam menghalang penyertaan pautan URL dalam penghantaran SMS.

Langkah ini adalah dalam mengatasi sejumlah penipuan atas talian yang sering menghantar SMS kepada pengguna. Hal ini sekaligus telah mendorong kepada pengguna terperdaya dengan menekan pautan padanya.
Pelaksanaan arahan ini akan dilakukan secara berperingkat dengan secepat mungkin. Sebelum ini, banyak penipuan dalam talian berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan tersebut lalu memberi maklumat peribadi dan akhirnya menjadi mangsa penipuan.
Dengan langkah baharu yang diambil oleh SKMM, kita berharap agar penipuan ini dapat berkurangan secara mendadak selepas ini. Selain mesej, anda juga diingatkan untuk tidak sebarangan mengklik pautan pelik di media sosial atau e-mel kerana ia berpotensi datang daripada penjenayah siber.