Panggilan scam telah menghantui masyarakat sejak sekian lama kerana menyebabkan kerugian besar. Mangsa yang terlibat pula datang daripada pelbagai latar belakang termasuklah warga emas sehinggalah individu yang bertaraf profesional.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan telah menyekat sekitar 1.8 bilion nombor telefon yang digunakan oleh scammer daripada 2017 sehingga tahun 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TheU

Selain panggilan telefon, SKMM turut menghalang 300 juta mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak 2018, namun kes penipuan menerusi SMS masih berlaku.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata perkara ini diketahui setelah pertemuannya dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama SKMM dan pihak lain. Beliau menggesa rakyat Malaysia untuk berwaspada kerana masih terdapat pihak yang mengambil kesempatan sewaktu musim perayaan ketika ini.

Antara jenis scam yang kerap dihadapi oleh rakyat sekarang termasuklah “scam pencuci”, tawaran pekerjaan palsu dan perkhidmatan palsu. Rakyat juga perlu berhati-hati dengan sebarang mesej yang datang seperti dari kawan-kawan, namun bahasanya mungkin berlainan daripada biasa. Ini mungkin adalah mesej palsu yang datang daripada pihak yang menyamar.

Kerajaan turut mendapati panggilan scam ini bukan sahaja berlaku dalam negara, malah ia juga merentasi sempadan dari negara luar. Oleh itu, KKD akan melakukan tindakan bersepadu dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar untuk mengendali peningkatan scam.

Buat mereka yang sudah menjadi mangsa scam, boleh hubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera agar dapat mengekang kehilangan wang di dalam akaun.

Sumber