Kehadiran pelbagai platform media sosial pada hari ini, orang ramai boleh berkongsi sebarang kandungan dengan bebasnya. Namun, ada segelintir individu yang menghantar kandungan provokasi yang boleh menggugat keharmonian sejagat.
Dalam mengatasi masalah ini secara efektif, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama pasukan petugas siber Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengambil tindakan bagi setiap aduan yang diterima daripada orang awam.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
Setakat ini, sebanyak 36 aduan daripada orang ramai dan 20 daripadanya sudah pun diselesaikan menerusi tindakan administratif iaitu sama ada melalui penurunan kandungan dan penafian di portal Sebenar.my. Sebanyak 12 kertas siasatan pula telah dibuka dan proses siasatan sedang dijalankan termasuklah mengenal pasti mereka yang terlibat.
Mereka yang tertuduh memuat naik kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam akan didakwa dan boleh disabit kesalahan sama ada didenda RM50,000 atau penjara setahun atau juga kedua-duanya sekali.
Dalam pada yang sama, pihak SKMM mengatakan bahawa terdapat penurunan dalam pemyebaran berita palsu dan berunsur provokasi dalam talian selepas diberikan peringatan. Orang ramai diminta berwaspada dalam menghantar atau berkongsi sesuatu kandungan di dalam talian.