Telekom Malaysia Bhd (TM) yang merupakan penyedia jalur lebar terbesar di Malaysia mendapat aduan tertinggi iaitu sebanyak 7,946 kes tahun ini berbanding dengan syarikat penyedia yang lain. TM yang memonopoli pasaran penyedia sebanyak 85.97% jika berdepan masalah pastinya akan memberi impak kepada pengguna yang menggunakan rangkaian syarikat tersebut untuk rutin harian.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), jumlah aduan TM itu meningkat sebanyak 43% berbanding 4,528 kes yang diterimanya tahun lalu. Malah, pengendalian TM dalam menangani aduan seperti keterbatasan teknikal dan hanya meminta pengguna untuk bersabar adalah tindakan yang tidak wajar. Justeru, membiarkan pelanggan tanpa penyelesaian yang wajar tidak seharusnya berlaku dalam operasi syarikat bertaraf multinasional seperti TM.

Antara aduan yang diterima oleh TM adalah ketidakpuasan caj yang dikenakan, gangguan perkhidmatan UNIFI, liputan UNIFI yang tidak meluas, pertikaian bil, penyampaian perkhidmatan dan lain-lain. Ini menunjukkan perkhidmatan TM tidak setara dengan harga yang dibayar oleh pengguna dan ini merupakan perkara yang serius.

Berikutan itu, SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap TM atau mana-mana pemegang lesen yang didapati melanggar peraturan bagi melindungi hak pengguna. TM sepatutnya telus dalam menawarkan pakej yang berbaloi dan tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →
  • SUMBER
  • BH