Sewaktu berlakunya bencana banjir ini, ramai mangsa yang terjejas mengalami masalah akses internet yang baik sekaligus sukar memperolehi maklumat terkini serta berhubung dengan keluarga yang tersayang.

Oleh itu, Menteri Komunikasi dan Digital kini meminta pihak SKMM untuk berhubung dengan pihak telekomunikasi bagi mengaktifkan WiFi di Pusat Pemindahan Sementara di negeri-negeri yang terkesan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan mangsa banjir yang berlindung di PPS berkaitan memperoleh kemudahan akses telekomunikasi dan internet yang baik. Buat masa ini, beberapa PPS telah pun dalam proses untuk pengaktifan WiFi.

YB Fahmi Fadzil turut memaklumkan sekiranya pengamal media yang melakukan liputan di kawasan terlibat banjir terutamanya di PPS mengalami masalah capaian internet, boleh terus berhubung dengan pihak Kementerian untuk tindakan selanjutnya.

Untuk makluman, kelengkapan untuknya sudah sedia pada PPS, dan syarikat telekomunikasi dihubungi dalam mengaktifkan dan menyediakan talian di PPS berkaitan. Selain itu, jumlah mangsa banjir di sesetengah negeri kian meningkat sekaligus akses internet yang baik menjadi satu keperluan di lokasi PPS terbabit.