Pada ketika ini, media sosial telah dibanjiri dengan hantaran berbaur perkauman dan seumpamanya yang mampu gugat keamanan negara. Dalam mengatasi masalah ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini telah masuk campur dalam mengatasi perkara ini menjadi lebih parah.

SKMM kini memgingatkan orang ramai supaya terus berhemah serta menjauhi diri daripada memberikan pandangan berbaur kebencian terutamanya melibatkan kaum dan agama.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Unsplash

SKMM akan meneruskan pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan yang bersifat jelik melibatkan 3R iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race). Semua pihak harus menghormati keputusan pilihan raya dan pemilihan Perdana Menteri yang akan dibuat oleh Yang di-Pertuan.

Orang ramai diingatkan sebarang perkongsian bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan dan boleh didenda maksimum minimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. Selain itu, anda juga diminta untuk membuat laporan sekiranya mengesan kandungan atau insiden bersifat provokasi menerusi portal Aduan MCMC.

Sumber