Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dua syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia telah bergabung sebelum ini iaitu Celcom dan Digi. Gabungan ini dibuat atas dasar mahu memperkukuh kapasiti bagi memacu pendigitalan untuk pengguna, perniagaan, ekosistem rakan kongsi dan pembangunan bakat tempatan.

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata mereka terbuka untuk melihat lebih banyak syarikat telekomunikasi bergabung di Malaysia. Hal ini dikongsikan selari dengan gabungan pihak Digi dan Celcom yang bakal dijayakan sepenuhnya pada 2023 kelak.

Sumber Gambar: The Edge Market

SKMM menyatakan mereka tidak menentang kepada proses penyatuan ini mahu pun pengambil-alihan. Dengan gabungan Celcom dan Digi ini juga membawa kepada kekurangan kadar persaingan. Tetapi, dengan penawaran infrastruktur oleh DNB, dijangka lebih banyak jenama akan turut menyertai pasaran tempatan.

HYPE
Ini Rupanya ‘Rahsia’ Pemain Bola Miliki Keyakinan Senyum Lebar Di Khalayak Ramai
Baca lagi →