Mula diperkenalkan sebagai telefon pintar yang penuh dengan inovasi serta mengubah cara orang ramai meggunakan telefon pintar, Samsung Galaxy Fold nampaknya telah mengalami masalah kerosakan yang serius tidak sampai 24 jam penggunaan.

Lebih parah, masalah ini bukan ini turut melibatkan beberapa pengguna awal yang menggunakannya termasuk YouTuber terkenal, MKBHD. Difahamkan Samsung Galaxy Fold yang hadir dengan skrin boleh lipat ini mempunyai sebuah lapisan filem seakan screen protector dimana model ini akan mengalami kerosakan skrin jika lapisan filem ini dibuka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, terdapat juga pengguna yang masih mengekalkan lapisan filem ini namun turut mengalami kerosakan skrin tanpa diduga. Setakat ini pihak Samsung telah menawarkan set gantian yang buat pengguna terawal. Berikut merupakan beberapa tweet daripada pengguna yang mengalami masalah skrin pada model ini.

https://twitter.com/robotodd/status/1118574478009626624

Masalah yang berlaku ini pastinya menggugat penjualan Samsung Galaxy Fold yang bakal ditawarkan tidak lama lagi setelah model ini ditawarkan dengan harga mencecah RM8,135. Di Amerika Syarikat, Samsung Galaxy Fold telah habis dijual pada pertama penjualan sebelum berita mengenai masalah skrin ini mulai tular.

Untuk penjelasan lanjut mengenai masalah yang berlaku serta pengalaman pengguna lain, anda boleh tonton video penjelasan daripada MKBHD.