Joker telah memberi impak yang besar kepada masyarakat setelah dikeluarkan pada 31 Ogos 2019, tarikh pertama ia ditayangkan. Semua kisah dan misteri Joker dirungkai oleh Joaquin Phoenix sehingga beliau dicanang sebagai pelakon terbaik.

Tetapi para peminat filem Joker sedikit terkesan dengan cara Todd Phillips meninggalkan satu watak secara tergantung – Sophie (Zazie Beetz) seorang ibu tunggal, jiran dan teman wanita kepada Arthur Fleck (Joaquin Phoenix).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di dalam Joker, Arthur mempunyai ‘hari yang buruk’ selepas menemui kebenaran yang menyedihkan tentang ibunya, Penny (Frances Conroy) – mengetahui bahawa ibunya adalah ibu angkat serta teman lelaki ibunya yang menyebabkan dia mendapat kecacatan kekal.

WJ4XS3XAVQI6TPUWNLNYDAQ6SA
Washington Post

Joker lalu memasuki rumah Sophie di tengah kekacauan perasaan tersebut dan penonton dihidang sebelum ini dengan hubungan romantis mereka hanyalah satu imaginasi daripada Joker – realitinya Sophie tidak mengenali Joker.

Dalam filem tersebut, nasib Sophie ditinggalkan dengan tanda soal terutama selepas dia memberitahu Arthur untuk meninggalkan rumahnya – Joker meninggalkan rumah Sophie, tetapi soalan yang dibawa penonton adakah Sophie masih hidup atau sebaliknya?

Untuk menjawab pertanyaan anda, skrip yang ditulis oleh pengarah Todd Phillips dan penulis bersama Scott Silver, secara rasminya dikeluarkan secara dalam talian dan dapat dipastikan bahawa Sophie tidak diperlakukan apa-apa oleh Arthur selepas pertemuan terakhir mereka.

Kemudian, apabila Arthur menukarkan dirinya menjadi Joker dan muncul sebagai tetamu di rancangan lewat malam yang diacarakan oleh Murray Franklin (Robert De Niro), skrip tersebut turut menunjukkan Sophie bangun secara mengejut ketika Joker membunuh Franklin secara langsung di televisyen.

joker-zazie-beetz-sophie
Screen Geek

“Sophie menjerit dan melompat kerana ngeri! Bangunkan GiGi yang sudah mula menangis ketika dia melihat apa yang berlaku di dalam televisyen – ANGLE ON TELEVISION, Joker bangun dan berjalan terus ke kamera. Darah tersembur ke atas wajahnya yang dicat warna putih. Penonton studio masih menjerit.”

Petikan di atas adalah antara arahan skrip bagi membantu pengarah dalam membikin adegan terbabit. Tetapi pada suntingan akhir nanti pengarah akan membuat pilihan adakah adegan ini mahu dimasukkan atau pun tidak.

Phillips sebelum ini membahas nasib Sophie dengan IndieWire, sambil menyatakan bahawa Arthur hanya membunuh mereka yang melakukan kesalahan dengannya.

Bagi anda yang mahu baca skrip penuh filem Joker, boleh ke laman web ini pmcdeadline.com.

Joker telah menjadi fenomena apabila beberapa pengkritik filem antarabangsa meletakkan mereka sebagai filem terbaik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini Reaksi Nakal Ryan Reynolds Selepas Joker Berjaya Tumpaskan Kutipan Deadpool 2

Tangga Ikonik Dalam Joker Kini Jadi Lokasi Tumpuan Pelancong

Jared Leto Dilaporkan Cuba Menghalang Pengeluaran Filem Joker Lakonan Joaquin Phoenix

Sumber