Filem yang dinanti-nantikan ‘Star Wars: The Rise Of Skywalker’ hampir pasti diketahuai perjalanan ceritanya apabila salah satu skrip hampir dimuat naik di eBay, kata pengarahnya JJ Abrams.

Kejadian ini berlaku apabila salah seorang daripada bintang filem tersebut tidak sengaja meninggalkan skrip itu di hotel penginapan mereka, lapor nypost.com.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Abrams berkata pelakon terbabit meninggalkan skrip tersebut di bawah katilnya dan ia ditemui oleh seorang pekerja hotel yang hadir membersihkan bilik mereka.

Skrip tersebut telah diserahkan kepada seseorang dan hampir dimuat naik untuk dijual di eBay.

‘Westworld’ TV show premiere, Arrivals, Los Angeles, USA – 16 Apr 2018

Dalam wawancaranya, Abrams tidak menyebut pelakon mana yang bertanggungjawab terhadap kecuaian tersebut tetapi media luar membayangkan beberapa pelakon utama yang bersikap demikian kerana pelakon pembantu tidak mendapat skrip mereka.

Semua ini sempat diselamatkan oleh pihak Disney apabila seorang wakil syarikat sempat membeli skrip tersebut yang sudah dilelong di eBay sebelum jatuh ke pembeli lain.

Disney dilaporkan sangat tegas dalam isu keselamatan hak cipta, mereka sangat menjaga apa yang keluar.

Tonton trailer rasmi Star Wars : The Rise of Skywalker di laman kami. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tonton Trailer Terakhir Star Wars: The Rise of Skywalker

Poster Epik Star Wars: The Rise of Skywalker Membuatkan Para Peminat Berteka-Teki

Sumber