Sebut sahaja ‘Skuad 42’, memang kecut perut dibuat bagi penunggang motosikal yang mempunyai kesalahan melanggar undang-undang jalan raya.

Baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook menyatakan anggota dan pegawai skuad tersebut mempunyai kuasa mengeluarkan saman dan membuat tangkapan ke atas penunggang motosikal di mana-mana sahaja dan tidak terhad ketika operasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan mereka akan dibuat selepas menjalankan risikan dan pemerhatian serta semakan dengan menggunakan alat peranti sistem pembayaran kompaun dalam talian mudah alih (MCOPS) terhadap mereka yang didapati mempunyai kesalahan trafik.

“Cara polis menahan dan mengeluarkan saman di premis juga adalah wajar dan berupaya mengurangkan risiko kemalangan terhadap pesalah trafik dan anggota polis yang menjalankan tugas berkenaan.

“Kaedah ini adalah salah satu cara dalam operasi Skuad 42 dalam mencegah dan menangkap mereka yang terbabit lumba haram,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber Gambar: Harian Metro

Kenyataan tersebut dibuat bagi mengulas satu video Facebook yang tular mengenai seorang wanita yang mempertikaikan tindakan polis mengeluarkan saman ke atas remaja 16 tahun ketika sedang makan di sebuah kedai di Taman Mahsan, Negeri Sembilan tanpa mengetahui kebenaran tindakan anggota terbabit.

Bagaimanapun video berkenaan didapati sudah dipadam selepas warganet mempersoalkan tindakan wanita yang mempertikaikan saman dikeluarkan polis.

Chang Hook berkata polis mengeluarkan tiga saman kepada penunggang motosikal terbabit atas sebab kesalahan tidak mempunyai tidak mempunyai lesen memandu yang sah, tiada nombor pendaftaran (hadapan) dan aksesori tidak sempurna.

Pada hari Ahad lalu, anggota Skuad 42 telah melakukan pemantauan risikan di sekitar perumahan berkenaan dan mendapati ada seorang remaja lelaki menunggang motosikal Yamaha Y15 berwarna merah tanpa memakai topi keledar dan tidak memiliki nombor pendaftaran hadapan kira-kira pukul 3 petang.

Polis kemudian mengekori motosikal berkenaan sehingga ke kedai makan berkenaan dan memperkenalkan diri sebelum memanggil remaja itu. Remaja berkenaan mengaku menunggang motosikal berkenaan dan pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesalahan trafik sebelum saman bagi setiap kesalahan tersebut dikeluarkan.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi beberapa kisah anggota polis melakukan operasi membanteras segelintir penunggang motosikal yang menyalahi undang-undang jalan raya.

Netizen Puas Hati Lihat Geng Mat Rempit Kena ‘Game’ Dengan Skuad 42

Rakaman CCTV Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Sumber