Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasukan gimnastik berirama senior negara berjaya menghadiahkan pingat gangsa kepada negara dalam Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018 di Axiata Arena semalam.

Skuad Malaysia yang dibarisi oleh gimnas hebat seperti Chan Mei Thung, Koh Jei Yi, Nur Naieme Zainul Arifin, Rachel Cheng, Tee Wei Wen dan Shak Yuki berjaya memungut 16.200 mata sekaligus melayakkan mereka mendapat pingat gangsa.

Sumber: Kosmo Online

Pingat emas dimenangi oleh skuad dari Jepun dengan pungutan mata sebanyak 17.750 mata manakala pingat perak dibawa pulang oleh skuad dari Kazakhstan dengan kutipan mata 16.750 mata.

Dalam masa yang sama acara individu yang disertai oleh Amy Kwan Dict Weng tidak berjaya membawa pulang apa-apa pingat dan mengakui kesilapan yang dilakukan sehingga tidak berjaya membawa pulang pingat untuk negara.

Beliau yang hanya berjaya mengumpul 54.540 mata yang menempatkan beliau ditangga ke-10 dan ditemani oleh rakan senegara, Izzah Amzan ditangga ke-13 dengan 51.950 mata. Tahniah diucapkan buat skuad gimnastik berirama Malaysia.

Anda Mungkin Suka