Semalam, skuad hoki negara telahpun mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 buat pertama kali sejak ia diperkenalkan Persekutuan Hoki Asia (AHF) pada tahun 1982.

Hari ini, Malaysia Tigers ditakdirkan untuk bertemu dengan kuasa kuat hoki Asia, India pada peringkat akhir.

NOTE 10 MKBHD
HYPE
5 Penambahbaikan S Pen Samsung Note10 Yang Jadikannya Lebih Gempak Berbanding Sebelum Ini
Baca lagi →

Pada peringkat kumpulan ‘Super 4s’, pasukan negara tewas kepada India 6-2 sekaligus menjadikan India juara kumpulan peringkat ini lalu layak ke peringkat akhir.

Malaysia pula berjaya mengikat kedudukan seri 1-1 bersama Korea Selatan lalu memberi laluan kepada pasukan negara berada di tangga kedua peringkat ‘Super 4s’, juga membenarkan skuad kebangsaan beraksi di perlawanan akhir menentang India.

Perlawanan yang berlangsung pada pukul 7:30 malam waktu Malaysia ini menyaksikan India berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-3 melalui jaringan padang Ramandeep Singh.

Kedudukan Malaysia terus ditekan apabila Lalit Upadhyay menambah kedudukan India hasil jaringan tambahan gol padang pada minit ke-29.

Tidak membiarkan pasukan negara pulang dengan tangan kosong, Muhammad Shahril Saabah berjaya memberi saingan dengan mendekatkan jarak jaringan hasil daripada gol padang pada minit ke-50.

Usaha untuk mengekang kemaraan India menjadi juara Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 tidak kesampaian apabila pasukan India berjaya bertahan sehingga ke minit terakhir perlawanan walaupun Malaysia mengeluarkan kesemua kesebelasan utama melakukan serangan ke gawang India.

Hoki Piala Asia 2017

Kredit Foto: Facebook Page Malaysian Hockey Confideration

Tewas 2-1 kepada India, menjadikan Malaysia pasukan naib juara kejohanan berprestij tinggi ini. Walaupun tewas, pasukan negara berjaya melakar rekod terbaik dalam sejarah hoki negara apabila ini merupakan kali pertama Malaysia berada di kedudukan ini semenjak perlawanan ini dipertandingkan.

Syabas sekali lagi dari Vocket kepada skuad hoki kebangsaan di bawah bimbingan jurulatih Stephen van Huizen menduduki tempat naib juara di Kejohanan Hoki Piala Asia 2017!

Cabaran negara seterusnya sudah tentu kepada kejohanan Piala Dunia 2018 yang bakal dilangsungkan di India pada akhir November tahun hadapan. Teruskan sokongan anda kepada pasukan kebangsaan. Malaysia boleh!

Anda Mungkin Suka