Skullbreaker challenge atau juga dikenali sebagai tripping jump challenge semakin mendapat perhatian dalam kalangan remaja di seluruh dunia terutama bagi mereka yang menggunakan aplikasi TikTok.

Bagi anda yang tidak tahu, challenge ini biasanya akan dilakukan oleh tiga remaja yang berdiri sebaris dan mereka yang berada di kedudukan tengah akan melompat sebelum disepak oleh dua rakan mereka yang berada di sebelah.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Sepakan yang biasanya dilakukan di buku lali itu akan menyebabkan rakan mereka yang melompat tadi jatuh terlentang dan mendarat menggunakan bahagian belakang mereka sekaligus menyebabkan ia dipanggil skullbreaker atau secara mudahnya boleh mematahkan tulang.

Trend itu turut mendapat perhatian netizen di Twitter yang menggesa agar challenge tersebut dihentikan kerana boleh mendatangkan kecederaan serius kepada mereka yang melakukannya.

Perkara tersebut juga turut diakui pakar perubatan Dr. Shazif Othman yang berpendapat ia sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kecacatan kekal serta memberi kesan jangka masa yang buruk di masa hadapan.

“Jika terkena impak yang besar, ia boleh menyebabkan kematian otak atau ‘brain dead’. Ini kerana, jika dilihat video cabaran itu, individu terbabit terjatuh secara mengejut.

“Kesannya, ia juga boleh menyebabkan fizikal kecederaan pada sel-sel tisu di bahagian kaki,”‘ kata Dr Shazif seperti dilaporkan Astro Awani.

Malah, aplikasi popular TikTok juga turut mengeluarkan kenyataan mengenai trend tersebut yang sedang berlegar-legar di laman mereka.

Dalam satu maklum balas kepada portal Gulf News mereka menjelaskan akan memadamkan video yang memaparkan cabaran tersebut demi memastikan keselamatan pengguna mereka di seluruh dunia dan bagi mengelakkan orang ramai terus meniru perbuatan tersebut.

Tahukah anda, aplikasi TikTok sebenarnya bukan saja tempat untuk berhibur tetapi ia juga boleh menjadi tempat untuk mendapatkan tips pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan dan banyak lagi.Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu

Wanita Ini Jumpa Suaminya Yang ‘Hilang’ Dalam Video TikTok

‘Sponsor’ Pekerja Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Cina Yang Tular Di TikTok

Anda Mungkin Suka