Jika anda peminat setia Xiaomi, anda sudah pasti tahu Xiaomi bukan sekadar jenama telefon pintar sahaja. Sebelum ini Xiaomi pernah mengeluarkan beberapa produk elektronik seperti lampu, pembersih udara, penapis air, periuk nasi dan sebagainya.

Dan antara produk yang menarik perhatian saya adalah Skuter elektrik keluaran Xiaomi. Berdasarkan pemerhatian awal, apa yang boleh saya katakan ianya sangat berbaloi untuk dimiliki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum mengulas lebih lanjut, mari kita ketahui serba sedikit tentang penggunaan skuter elektrik. Skuter elektrik jenis mudah alih seperti ini kebiasaanya digunakan untuk ride gaya ringan dan santai. Bukan untuk pecut laju-laju. Kalau anda expect boleh ride sampai balik kampung, skuter ini bukan untuk anda.

Dari sisi luaran, skuter pintar Xiaomi Mi Mijia menampilkan rekabentuk yang sungguh minimalis. Sesuai untuk anda yang suka tampil dengan gaya sederhana dan kemas. Dengan teknologi yang ada pada skuter ini, ia boleh disambungkan terus ke telefon pintar anda yang mana ia memudahkan anda untuk mengetahui status bateri, kecepatan kelajuan dan lain-lain.

Skuter Xiaomi Mi Mijia diperbuat daripada aloi aluminium supaya lebih tahan lasak dan tidak berkarat. Mampu bergerak sejauh 30 km jika beban yang dibawa adalah bawah 75 kg. Meskipun begitu, had keupayaan maksimum skuter ini boleh menampung sehingga 100 kg.

Untuk kelajuan, had maksimum skuter ini mampu memecut sehingga 25 km/j, manakala untuk energy saving mood adalah pada kelajuan 18 km/j. Paling menarik, bateri skuter ini hanya mengambil masa selama 5 jam untuk dicas penuh.

Dengan lebar sepanjang 1080 mm dan seberat 12.5 kg, skuter ini boleh dilipat dan mudah dibawa ke mana-mana. Boleh simpan dalam bonet kereta atau gendong saja. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh tonton video promo Xiaomi Mi Mijia di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=_8NM981QJwY

Di negara-negara maju, anda boleh lihat ramai orang menggunakan skuter elektrik ini, terutama ketika bergelut dengan waktu sibuk. Contoh yang paling dekat adalah di Singapura.

Buat anda yang memang sedang mencari skuter elektrik jenis seperti ini, Xiaomi Mi Mijia memang sangat disyorkan, ia adalah salah satu skuter power yang boleh anda miliki pada harga dibawah RM2k.

Rasa berbaloi dan puas hati? Anda boleh dapatkannya di sini sebelum kehabis stok.