Adakah anda stress kerana kerja yang banyak di pejabat atau ingin bercuti bersama keluarga tetapi disebabkan musim persekolahan akan bermula semula tidak lama lagi, anda inginkan destinasi yang dekat sahaja.

Pasti anda pernah melihat gambar yang cantik dikongsikan oleh rakan-rakan sosial media anda berada di Sky Mirror dan Blue Tears di Kuala Selangor. Mesti anda terpesona melihat keindahan tempat tersebut dan ingin ke sana.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →
104831395_707895706692497_3469197719485134873_o

Sumber: Sky Mirror World

Ini adalah peluang keemasan untuk anda kerana Sky Mirror World kini tawarkan promosi tiket beli 2 percuma 1. Difahamkan terdapat dua pakej yang ditawarkan iaitu ke Sky Mirror berharga RM80 dan juga pakej yang meliputi bagi helang makan, melihat kelip-kelip dan ‘blue tears’ berharga RM80 juga.

105658991_707895640025837_7979175498520410234_o

Menariknya, anda juga akan dapat diskaun sebanyak 30% tiket untuk dewasa dan 50% diskaun untuk kanak-kanak bagi pembelian seterusnya. Promosi ini sah untuk membuat tempahan dan pembayaran sebelum 31 Julai 2020. Tarikh mulakan tour bermula pada 30 Jun 2020 sehingga 30 April 2021.

Buat anda yang berminat, bolehlah layari ke laman sesawang ini dan membuat tempahan. Selamat bercuti hujung minggu ini!

Kami kongsikan artikel berkaitan ‘blue tears’ untuk anda dapatkan gambaran keadaan di sana. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

‘Onsen’ Terbesar Malaysia Di Hulu Langat Bakal Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

Anda Mungkin Suka