Ini berita baik buat anda yang gemar sukan lasak dan ingin berhibur bersama rakan-rakan ataupun keluarga sambil menikmati alam semulajadi. Skytrex kini dibuka di Sg Congkak, Hulu Langat.

Paling mengujakan, hanya di Skytrex Sungai Congkak terdapat flying fox dan ianya tidak terdapat di Skytrex lain seperti di Langkawi dan Melaka. Malah, terdapat harga promosi untuk flying fox sempena pembukaan Skytrex ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Bzp_IMAhyKa/

https://www.instagram.com/p/Bzk0Z7AhDNF/

Harga untuk kemasukan Skytrex ini bermula dari RM55 hingga RM110. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Skytrex dan membuat tempahan secara atas talian di sini agar memudahkan lagi urusan.

Pastinya Skytrex yang terletak di Sungai Congkak ini dapat menarik anda untuk ke sana. Selain itu, anda juga berpeluang bermandi manda dan menjalankan BBQ serta menjalankan beberapa lagi aktiviti lain yang tersedia bersama keluarga anda.