Setelah lebih setahun ditutup disebabkan kerja pengubahsuaian secara besar-besaran akhirnya Skytropolis Funland di Resorts World Of Genting (RWG) telah dibuka semula kepada orang ramai.

Skytropolis Funland bakal memberikan pengalaman yang lebih menarik dengan cabaran penuh mendebarkan untuk permainan taman tema indoor yang lebih pelbagai.

Terdapat 13 jenis permainan yang ditawarkan manakala sembilan lagi dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat. Antara tarikan permainan itu ialah Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boom Bum, Tea Cups dan Balloon Race. Selain itu, terdapat juga permainan bertaraf antarabangsa seperti The Void, Imaginatrix, dan BigTop Games Park untuk dinikmati pengunjung yang hadir.

https://www.youtube.com/watch?v=XyvNHEpDkT4

Permainan Skytropolis Funland dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Tiket bagi setiap permainan boleh didapati di kaunter pembelian pada harga RM 10 bagi Isnin hingga Jumaat manakala RM 15 pada Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan. Mereka juga turut menawarkan pas reviu pada harga RM60 tetapi pas ini hanya dijual di atas talian.

Apa yang menarik di Skytropolis sehingga 24 Februari ini adalah Pokemon Festival di mana anda berpeluang untuk menonton filem Pokemon The Movie: The Power Of Us. Bukan itu sahaja, terdapat juga aktiviti bertemakan Pokemon yang disediakan bagi peminat Pokemon di Skytropolis.

Anda juga boleh bergambar dengan 32 patung Pokemon bersaiz sebenar di SkyAvenue serta pop-up store rasmi yang menjual barangan rasmi Pokemon. Bersempena tahun baru Cina yang masih lagi disambut, terdapat juga Pikachu Parade dan persembahan Pikachu Dance yang akan mengembirakan pengunjung di di Times Square, SkyAvenue setiap hari.

Tiket berharga RM20 (VIP) akan dijual bersama peluang bergambar dengan maskot Pokemon untuk tayangan setiap hari jam 8 malam.