Setiap manusia pastinya mendambakan tidur yang sempurna meskipun dalam waktu yang singkat. Gangguan seperti masalah pasangan yang berdengkur, pencemaran bunyi atau bunyi dari luar rumah pula kadang kala tidak dapat dielakkan.

Memandangkan ramai daripada manusia yang terpalit dengan masalah ini, syarikat Bose yang cukup terkenal dengan penghasilan earphone dan headphone berkualiti tinggi pada kali ini bakal mengeluarkan sleepbuds.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen_Shot_2017-12-01_at_2_17_31_PM

Penggunaan sleepbuds ini yang hadir dengan teknologi noise cancelling bakal membantu menghalang bunyi luar daripada mengganggu tidur mereka. Awesome bukan?

Projek yang bermula secara crowdfunding di Indiegogo ini ternyata berjaya menarik perhatian ramai setelah berjaya mencapai target $50,000 lebih pantas daripada yang dijangkakan. Setakat iniĀ Bose sleepbuds sudah berjaya mengutipĀ $449,680 daripada 2925 individu yang berminat.

https://www.youtube.com/watch?v=bATsDqPXtgg

Buat anda yang mengalami masalah tidur, ini teknologi terbaru buat anda. Sleepbuds yang kemas, selesa dan disertakan dengan muzik serta jam loceng. Kami jangkakan produk ini bakal menjadi trend beberapa tahun daripada sekarang dan bakal mula dijual dengan lebih rendah apabila syarikat seperti Xiaomi mula memperkenalkannya.