Isu pasukan yang akan beraksi dalam saingan AFC Cup 2018 mencuri perhatian peminat bola sepak Malaysia sejak kebelakangan ini.

Selepas Kedah yang muncul sebagai Juara Piala FA 2017, gagal mendapatkan lesen AFC, mereka tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam saingan AFC Cup 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia ketika ini adalah pasukan mana yang akan beraksi dalam AFC Cup 2018 selepas Pahang mengumumkan menolak tawaran FAM.

Kedah-Juara-Piala-FA-2017

Sebelum terus mempelbagaikan lagi andaian, Vocket FC akan menerangkan bagaimana kriteria pemilihan sesebuah pasukan untuk mengisi slot kejohanan AFC Cup 2018.

Bilangan Slot Mengikut AFC MA Ranking

Bagi kejohanan AFC Cup,  sekurang-kurangnya ‘1 direct slot‘ akan diberikan kepada MA yang berada di ranking ke 7 hingga 12, seperti gambar dibawah.

Berdasarkan rajah diatas, Malaysia menerima ‘2 direct slot‘ ke peringkat kumpulan AFC Cup 2018.

Kenapa hanya 2 direct slot diberikan?

2017-11-22_9-04-48

Menurut ‘Entry Manual: AFC Club Competitions 2017-2020‘, slot maksimum bagi sesebuah MA adalah 1/3 dari jumlah pasukan yanag bertanding dalam liga divisyen teratas sesebuah MA tersebut.

Selain itu, bagi setiap MA, hanya 2 pasukan sahaja yang dibenarkan menyertai AFC Cup serta maksimum ‘2 direct slot’ diberikan kepada setiap MA.

Senario Malaysia:

Malaysia layak menerima 2 direct slot mengikut kedudukan AFC MA Ranking

Bagaimana Menentukan Pasukan Yang Layak

Untuk menentukan pasukan mana yang layak beraksi dalam kejohanan AFC Cup 2018, ‘Sporting Criteria‘ seperti berikut akan diambil kira.

1) Pasukan perlu perlu berada dalam status berikut:

  1. Juara liga divisyen teratas kebangsaan
  2. Juara kejohanan kalah mati kebangsaan
  3. Naib Juara liga divisyen teratas kebangsaan
  4. Tempat ketiga liga divisyen teratas kebangsaan

2) Jika sesebuah MA itu tidak mempunyai kejohanan kalah mati,

  1. Juara liga divisyen teratas kebangsaan
  2. Naib Juara liga divisyen teratas kebangsaan
  3. Tempat ketiga liga divisyen teratas kebangsaan
  4. Tempat keempat liga divisyen teratas kebangsaan

3) Sekiranya, juara kejohanan kalah mati juga menamatkan saingan liga pada kedudukan dibawah, pasukan yang layak adalah

a) Sebagai juara liga; 1st seed

  • Naib juara sebagai 2nd seed, tempat ketiga sebagai 3rd seed dan tempat ke 4 sebagai 4th seed

b) Sebagai Naib Juara liga; 2nd seed

  •  Tempat ketiga sebagai 3rd seed dan tempat ke 4 sebagai 4th seed

c) Sebagai Tempat Ke 3; 2nd seed

  • Naib juara sebagai 3rd seed, tempat ketiga sebagai 4th seed

Semua syarat yang ditetapkan melalui ‘Sporting Criteria’ ini hanya digunapakai oleh pasukan yang menamatkan liga dalam kedudukan 50% dari jumlah pasukan yang bertanding (pada hari pertama sepak mula).

Sebagai contoh, Liga Super Malaysia dimulakan dengan 12 pasukan bertanding, dan ‘Sporting Criteria’ ini hanya sah digunapakai untuk pasukan yang menamatkan liga di kedudukan 6 teratas.

Senario Malaysia:

Juara Liga Super Malaysia 2017 (Johor Darul Ta’zim) dan Juara Piala FA (Kedah FA) layak menerima direct slot AFC Cup 2018.

Kedudukan Liga Super Malaysia 2017

Disebabkan Kedah FA tidak memiliki lesen kelab AFC, Pahang FA yang telah muncul sebagai naib juara Liga Super Malaysia 2017 adalah pasukan yang berada dalam turutan seperti perkara (1).

Pasukan Enggan Beraksi Dalam AFC Cup

Melalui laman sosial rasmi Pahang FA, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang telah mengeluarkan kenyataan menolak ‘tawaran’ FAM untuk beraksi dalam saingan AFC Cup 2018.

pahang tolak tawaran beraksi afc cup 2018

Mengikut manual pertandingan, jika sesebuah pasukan itu menolak untuk beraksi dalam kejohanan peringkat AFC, walaupun pasukan itu memiliki lesen kelab AFC dan memenuhi semua ‘sporting criteria’, slot yang telah diberikan (direct / play-off slot) akan dibatalkan.

2017-11-22_9-06-42

Dalam kes Pahang ini, mereka menolak tawaran dari FAM dan ini menyebabkan FAM perlu mencari pengganti yang layak dari kedudukan Liga Super Malaysia 2017.

Mengikut kedudukan liga, Felda United adalah pasukan ke 3 tetapi tidak memiliki lesen kelab AFC. Tempat ke 4, Kedah FA – juga tidak memiliki lesen. Perak yang berada dikedudukan ke 5 liga pula tidak memohon untuk lesen kelab AFC.

Tempat ke 6 liga, yang juga terakhir seperti yang diterangkan diatas, Selangor mungkin menjadi pasukan yang akan beraksi dalam saingan AFC Cup 2018.

Kemungkinan Yang Akan Berlaku

selangor ke afc cup 2018

  1. Selangor beraksi di AFC Cup 2018, sebagai pasukan terakhir yang layak.
  2. Jika AFC memutuskan tindakan Pahang menolak tawaran beraksi di AFC Cup 2018 menyalahi peraturan, slot akan dibatalkan.

Nota: PKNS FC tidak layak beraksi walaupun Selangor menolak untuk beraksi dalam AFC Cup 2018 berdasarkan peraturan menamatkan liga dalam kedudukan 50% dari jumlah pasukan yang bertanding (pada hari pertama sepak mula).