Siapa sangka dengan hanya menjalankan bisnes melibatkan penggunaan sistem cloud berasaskan bisnes makanan sudah mampu membuatkan Slurp! berjaya membuatkan restoran francais untuk memilih servis mereka. Lebih mengagumkan, Slurp! yang baru berusia 3 tahun ini berjaya memperoleh dana sebanyak 7 angka pada minggu ini.

Melalui pelaburan terbaru daripada Axiata Digital, Slurp! telah berjaya memperoleh dana sebanyak RM2.5 juta secara total. Dana yang disalurkan oleh Axiata Digital ini bakal memberi peluang buat Slurp! memantapkan lagi sistem cloud mereka serta secara tidak langsung bakal membuka peluang buat pemilik restoran diluar sana menggunakan servis mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Reza-Razali-CEO-and-co-founder-of-Slurp-Photo-2

Berdasarkan dana yang baru diterima, Slurp! telah memulakan misi mengembangkan bisnes mereka dengan melantik Mantan Ketua GrabCar Malaysia, Shi-Ying sebagai Pengarah Strategi dan Perkongsian buat Slurp!.

Kami harap selepas ini lebih banyak lagi syarikat digital yang berkembang di Malaysia sekaligus bakal memberi saingan buat syarikat-syarikat digital di luar sana. Tahniah Slurp!

Baca lagi: Bagaimana Sistem ‘Slurp!’ Bakal Memudahkan Anda Sebagai Peniaga Makanan

Sumber