Apple pada minggu ini telah melancarkan aksesori terbaru mereka iaitu Smart Battery Case khas buat iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max. Seperti yang dilancarkan sebelum ini, aksesori ini bakal membantu pengguna model terbaru iPhone kapasiti bateri tambahan sehingga 50%.

Pada tahun ini, Apple nampaknya tampil dengan sedikit perubahan pada aksesori mereka dengan menyertakan sebuah butang kamera pada bahagian kanan Smart Battery Case. Penyediaan butang ini secara tidak langsung memudahkan pengguna mengambil gambar dengan lebih pantas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Apples-iPhone-11Pro-Smart-Battery-Cases-are-official-with-a-dedicated-camera-button
Sumber: phonearena

Berdasarkan pemerhatian kami di laman web Apple Malaysia, tiga warna ditawarkan buat Smart Battery Case terdiri daripada warna hitam, putih dan pink sand dengan harga penjualan bermula daripada RM539.

Sebelum ini, Apple telah melancarkan dua lagi produk baharu iaitu Macbook Pro 16-inci dan AirPods Pro. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Apple Lancarkan AirPods Pro Dengan Harga RM1,099

Apple Lancarkan Macbook Pro 16-Inci Dengan Harga Bermula Daripada RM10,499

Berita iPhone 12 Buat Pengguna Tegar Apple Rasa Rugi Beli iPhone 11