Penawaran pembayaran menggunakan kod QR sememangnya mudah dan pantas. Namun, ada segelintir individu yang berniat jahat dengan memalsukan resit pembayaran lalu menipu peniaga yang sedang sibuk menguruskan pelanggan lain.

Menerusi ciapan akaun @Twt_Cyberjaya, beliau menceritakan kisah seorang peniaga yang mengadu hasil jualan mempunyai kekurangan RM180 kerana ditipu pelanggan yang mengatakan sudah membuat pembayaran menerusi kod QR.

Baca Juga:

Difahamkan insiden ini berlaku sewaktu berniaga di bazar yang mana mangsa tidak dapat menyemak setiap pembayaran yang sudah dibuat.

Bagaimanapun, beliau telah menjumpai satu alat pengesan pintar QR yang menarik di kafe pejabat. Alat pengesan pintar QR keluaran Bayarlah dilihat berupaya mengesan secara automatik setiap kali pelanggan membuat pembayaran.

Alat pengesan pintar QR ini mempunyai beberapa ciri menarik termasuklah paparan LCD yang memaparkan jumlah yang masuk, boleh dilaras mengikut keselesaan anda serta mempunyai notifikasi suara dan boleh menggunakan kad sim.

Bertuah buat anda yang mahu mendapatkannya kerana harga kini diturunkan sehingga RM96 sahaja yang mana harga asal mencecah RM345 menerusi laman rasmi mereka. Jadi, rebut peluang ini untuk mendapatkan solusi terbaik bagi mengesan pembayaran menerusi kod QR.