Memandang hari ini merupakan Singles Day, Lazada ternyata tidak melepaskan peluang untuk mengadakan promosi Online Revolution. Maksudnya masa untuk anda bershopping di Lazada kembali lagi sebab memang banyak potongan harga yang dibuat di laman Lazada. Sehingga 70% untuk barangan yang terpilih! Wow!

Tidak kira sama ada barangan makanan seperti Milo dan Nescafe sehinggalah kepada barangan elektronik dan TV semuanya dijual dengan harga promo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pelbagai kategori, kami tertarik untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai smartphone yang ditawarkan dengan harga promosi sempena sale Lazada pada kali ini. Berikut merupakan 5 smartphone yang berbaloi anda dapatkan melalui promosi masa singkat ini.

1. Xiaomi Redmi 4A

Salah satu smartphone yang menjadi perhatian ramai sejak promosi Lazada 11.11 dibuka adalah Xiaomi Redmi 4A. Smartphone ini berjaya menjadi pilihan ramai hanya disebabkan satu sebab, harganya yang mampu milik kini dijual dengan harga lebih rendah.

Xiaomi Redmi 4A hadir dengan RAM sebesar 2 GB dan processor Snapdragon 425. Satu perkara yang kami sangat suka mengenai Xiaomi Redmi 4A ini adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 3125mAh.

Dalam erti kata lain, anda tidak perlu lagi panik mencari powerbank atau mengecas Redmi 4A seusai seharian penggunaan. Oh ya, kameranya juga boleh tahan cantik dengan penyertaan kamera belakang 13 megapixel dan 5 megapixel di bahagian hadapan.

Dengan harga permulaan dibawah RM500 sejak mula dilancarkan, kami berpendapat Xiaomi Redmi 4A merupakan pilihan yang berbaloi pada ketika itu. Kini sempena jualan Lazada khas pada hari ini, model ini ditawarkan pada RM299 sebelum dinaikkan kepada RM324. Dalam pada itu, harga yang ditawarkan masih lagi boleh dikatakan berbaloi untuk telefon pintar dibawah RM500. Klik di sini untuk mendapat promosi terhad ini.

2. Xiaomi Mi A1

1702061

Jika Xiaomi Redmi 4A merupakan pilihan berbaloi dibawah RM500, Xiaomi Mi A1 merupakan raja bagi smartphone dalam lingkungan dibawah RM1,000. Sebabnya, smartphone ini berjaya menarik perhatian ramai berdasarkan dua sebab yang mana smartphone pada tanda harga yang hampir sama gagal menyempurnakannya.

Pertamanya, Xiaomi Mi A1 dilengkapi dengan Android One. Dalam erti kata lain, Xiaomi Mi A1 bukanlah seperti model Xiaomi yang lain yang menggunakan ROM MIUI sebaliknya menggunakan stock Android. Penggunaannya smartphone ini juga sangat lancar dan sesuai untuk digunakan oleh kebanyakan orang ramai.

xiaomi-mi-a1-9

Seterusnya, Xiaomi Mi A1 berjaya menarik perhatian ramai dengan penyertaan dwi-kamera. Sesuatu yang jarang dapat kita lihat untuk model dengan tanda harga yang hampir sama.

Penggunaan dwi-kamera ini membolehkan Xiaomi Mi A1 membolehkan pengguna mendapatkan gambar dengan efek bokeh yang cantik dan kemas. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan Xiaomi Mi A1.

Xiaomi Mi A1 camera

Xiaomi Mi A1 camera 3

Xiaomi Mi A1 camera 2

Xiaomi Mi A1 camera 4

gsmarena_042

Dari segi spesifikasi, model ini berjaya menyertakan Snapdragon 625 dan RAM 4 GB. Ruang storan sebesar 64 GB antara tersedia. Jika aplikasi yang sering dibuka anda adalah Facebook, Twitter, WhatsApp dan Instagram smartphone ini boleh dikatakan cukup baik untuk digunakan bagi kegunaan harian.

Melalui promosi Online Revolution Lazada, anda berpeluang mendapatkan smartphone ini dengan harga RM869 sahaja. Klik di sini untuk mendapatkannya.

3. Apple iPhone 7 128 GB (PRODUCT)RED™

iPhone-7-red-1

Sekiranya wireless charging, cip terbaru serta material kaca dibahagian belakang bukanlah keutamaan anda, Apple iPhone 7 sudah memadai untuk para penggemar iOS. Harganya juga lebih rendah dan anda berpeluang mendapatkan model ini dengan pilihan warna yang disukai ramai iaitu merah.

Melalaui promosi masa singkat ini, Apple iPhone 7 turut ditawarkan dalam model Plus dengan ruang storan 128 GB. Berdasarkan review daripada pembeli, ramai yang berpuas hati mendapatkan model ini di Lazada berdasarkan harganya yang mula ditawarkan pada harga RM2,939.

4. Xiaomi Mi 6

Sumber: gadgetflowcdn

Jika anda seorang peminat Android dan mahukan spesifikasi yang mantap tanpa mahu berbelanja lebih, Xiaomi Mi 6 mungkin model yang sesuai buat anda.

Model ini dilengkapi dengan Snapdragon 835, 6 GB RAM serta ruang storan 64 GB. Penyertaan speaker stereo dibahagian hadapan serta penggunaan material premium pastinya membuatkan anda seolah anda menggunakan smartphone yang lebih mahal dari harganya.

Xiaomi Mi 6 kini ditawarkan dengan harga promosi dan anda boleh dapatkannya dengan harga RM1,643 sementara stok masih ada.

5. Samsung Galaxy Note 8

Sumber: BGR

Samsung Galaxy Note 8 mungkin baru sahaja dilancarkan secara rasmi namun model yang tersenerai sebagai model terhebat Android ini kini ditawarkan dengan harga promosi. Anda boleh baca ulasan penuh VOCKET mengenai Samsung Galaxy Note 8 di sini.

Buat anda yang sudah lama meletakkan Samsung Galaxy Note 8 sebagai wishlist, inilah masanya untuk mendapatkan dengan harga diskaun dimana model ini ditawarkan pada harga RM3,279 sahaja. Pengurangan sebanyak RM720 berbanding sebelumnya. Klik di sini untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 8.