Pasukan Bola Sepak Johor Daru Takzim (JDT) pada hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar. Difahamkan telefon pintar yang dilancarkan buat pertama kali ini merupakan kolaborasi diantara JDT bersama jenama telefon EXMobile. Sebuah jenama telefon tempatan.

EXMobile Ola versi JDT ini bukan sahaja merupakan telefon pintar pertama keluaran kelab bola sepak ini malah bakal menjadi barangan eksklusif yang ditawarkan khusus buat peminat pasukan bola sepak ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada pandangan kami, hasrat JDT untuk mengeluarkan telefon pintar sendiri ini merupakan langkah yang baik apatah lagi dapat meningkatkan kesetiaan orang ramai terhadap pasukan bola sepak kegemaraan mereka. Begitu juga dengan pihak kelab bola sepak yang dapat menjana keuntungan hasil barangan eksklusif yang dijual.

Dari segi spesifikasi, ExMobile Ola versi JDT ini memuatkan processor MTK6737, skrin 5.0-inci, pengimbas cap jari serta RAM 2 GB dan ruang storan dengan saiz 16 GB. Kamera belakang telefon pintar ini memuatkan kamera 8-megapixel manakala kamera hadapan dengan 5-megapixel.

Kami berpendapat dengan harga penawaran RM599 yang ditawarkan, pihak kelab serta penyokong mampu mendapatkan spesifikasi yang lebih baik.

Soal harga kami enggan mengulas dengan lebih lanjut memandangkan harga yang ditawarkan sudah pastinya dipilih berdasarkan majoriti budget pengguna serta mampu milik buat semua pihak.

Kami memilih untuk mencadangkan 3 telefon pintar yang anda atau pihak kelab boleh kolaborasi dengan harga dibawah RM599. Berikut merupakan cadangan kami mengenai telefon pintar yang pihak kelab boleh tawarkan dengan harga yang lebih kurang sama berdasarkan model ditawarkan.

1. Xiaomi Redmi 4A

Xiaomi Redmi 4A merupakan antara telefon pintar terbaru yang dilancarkan Xiaomi pada tahun ini. Seperti juga model-model keluaran Xiaomi yang lain, Redmi 4A masih mampu menawarkan spesifikasi yang menarik meskipun ditawarkan dengan harga yang rendah.

Dengan harga bermula RM459 buat model 16 GB storan, anda bakal menerima sebuah telefon pintar dengan skrin 5.0-inci, RAM 2 GB serta processor Snapdragon 425 yang membolehkan telefon pintar ini mengakses aplikasi-aplikasi harian seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram dengan baik.

Dengan penawaran 3 warna menarik, Redmi 4A turut menyertakan kamera 13-megapixel dibahagian belakang serta 5-megapixel dibahagian hadapan. Sokongan dual-sim antara yang tersedia buat telefon pintar ini. Pengguna turut boleh dapatkan Xiaomi Redmi 4A dengan saiz storan 32 GB dengan harga RM509 di sini.

2. Lenovo K5 Note (K52)

Ditawarkan dengan harga sedikit rendah berbanding ExMobile Ola versi JDT dengan harga RM586.90, Lenovo K5 Note nampaknya berjaya menawarkan spesifikasi yang boleh tahan menarik pada pendapat kami. 

Dari segi skrin, Lenovo K5 Note turut menawarkan skrin yang lebih besar bersaiz 5.5-inci dengan sokongan Full HD. Penggunaan processor Mediatek Helio P10 serta RAM 3 GB pastinya membolehkan telefon pintar ini lancar digunakan untuk kegunaan seharian.

Jika anda seorang yang mahukan telefon pintar dengan kapasiti bateri yang besar serta mahukan akses pengimbas jari bagi memudahkan kerja unlock telefon pintar, Lenovo K5 Note antara yang anda boleh pertimbangkan.

3.  Asus Zenfone 2

Berkongsi harga yang sama seperti telefon pintar keluaran JDT, Asus Zenfone 2 mungkin pilihan terbaik anda boleh dapatkan dengan harga RM599 baik dari spesifikasi mahupun rekabentuk.

Meskipun telefon pintar ini bukanlah yang terbaru daripada Asus, dalam pada itu penggunaan Intel Atom Z3580, RAM 4 GB disertakan pula dengan ruang storan 32 GB mungkin sudah cukup baik berdsarkan harga yang ditawarkan.

Selain itu, Asus Zenfone 2 turut menggunakan kamera 13-megapixel serta penggunaan skrin 5.5-inci HD penuh dan slot dua sim khusus buat anda yang mahu menggunakan 2 nombor secara serentak.

Penggunaan material yang premium serta kemasan beberapa warna menarik mungkin antara sebab yang membuatkan anda tertarik untuk mendapatkan telefon pintar keluaran Asus ini. Anda boleh dapatkan Asus Zenfone 2 dengan harga promosi di sini.

Rumusan

Pemilihan ExMobile selaku jenama tempatan mungkin antara alasan JDT memilih untuk berkolaborasi bersama jenama telefon pintar ini.

Ketiga-tiga telefon pintar yang dicadangkan kami ini dipilih berdasarkan spesifikasi yang lebih baik serta penilaian berdasarkan harga satu unit. Kemungkinan pihak kelab boleh mendapatkan harga yang lebih rendah jika ditempah dengan bilangan unit yang banyak.

Hasrat JDT untuk mengeluarkan telefon pintar ini bukanlah bermakna langkah yang salah, malah mungkin menjadi dorongan buat kelab-kelab lain mendapatkan mengaut keuntungan hasil daripada kolaborasi bersama jenama-jenama telefon pintar yang lain.

Diharapkan cadangan yang kami sediakan ini dapat dipertimbangkan apabila pihak kelab berminat untuk mengeluarkan telefon pintar yang kedua pada masa akan datang.

Kami berminat untuk mengetahui bagaimana pula pendapat anda mengenai telefon pintar keluaran JDT ini. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Sumber