Pembuat telefon bimbit di India, Ringing Bells melancarkan model terbaru mereka, ‘Freedom 251’ pada harga Rs.251 (Lebih kurang RM15) menjadikannya telefon pintar paling murah di dunia.

frreee

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Didatangkan dengan sistem Android Lollipop 5.1, smartphone ini mempunyai skrin 4-inci dengan paparan 960×540, processor 1.3Ghz quad-core, 1GB RAM, 8GB memori dalaman dan turut mempunyai slot untuk kad microSD.

Menambah kemantapan smartphone ini adalah ianya turut dilengkapi 3.2-megapixel kamera belakang dan 0.3 megapixel kamera depan. Macam tak masuk akal untuk satu smartphone berharga sebegini murah. Jika basic phone dengan harga RM15, ianya mungkin.

Peliknya, smartphone Freedom 251 ini langsung berlainan dari imej yang terdapat di website rasmi dengan imej telefon ini di dalam iklan surat khabar.

r bells fake

Dikatakan smartphone ini mendapat subsidi oleh kerajaan India supaya ianya murah dan dapat dibeli oleh rakyatnya. Walaupun ianya murah, satu keajaiban jika Ringing Bells, syarikat yang tidak ternama sebagai pengeluar telefon bimbit dapat menghasilkan smartphone yang bagus dengan harga yang ditawarkan.

Syarikat ini akan mula mengambil pesanan Freedom 251 ini bermula 18 February dan cuma akan siap akhir bulan Jun. Persoalannya, bolehkah Ringing Bells menerima jumlah pesanan yang tinggi dan dapat menghasilkan telefon ini dalam masa yang dijanjikan?

Sumber