Flashsale Lazada akhirnya tiba lagi. Maksudnya masa untuk anda bershopping di Lazada kembali lagi sebab memang banyak potongan harga yang dibuat di laman Lazada. Sehingga 70% untuk barangan yang terpilih! Wow!

Tidak kira sama ada barangan makanan seperti Maggi dan Milo sehinggalah kepada barangan elektronik dan TV semuanya dijual dengan harga promo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pelbagai kategori, kami tertarik untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai smartphone yang ditawarkan dengan harga promosi sempena Flashsale Lazada ini. Berikut merupakan 5 telefon yang berbaloi anda dapatkan melalui promosi masa singkat ini.

  1. Xiaomi Mi 4i

Kami mulakan dengan telefon dengan harga yang rendah terlebih dahulu. Seperti yang anda tahu, Xiaomi sememangnya jenama yang mementingkan spesifikasi dan harga yang rendah.

Hadir dengan model Mi 4i, Xiaomi nampaknya mahu mengfokuskan kepada pengguna yang mahukan telefon dengan saiz skrin sederhana serta ketahanan bateri yang lama.

Penyediaan 2 slot micro sim membolehkan pengguna mengaktifkan dua nombor secara serentak. Dari segi spesifikasi, Mi 4i hadir dengan RAM 2GB serta cip Snapdragon 64 bit. Dalam erti kata lain, penggunaan aplikasi seperti Whatsapp, Telegram dan Facebook sememangnya tidak akan memberi masalah lagging.

Sesuai dengan harganya, telefon ini disasarkan buat pengguna yang mempunyai budget yang kecil serta sering menggunakan aplikasi yang tidak begitu berat. Skrin 5-inci yang cerah dan jelas pasti buatkan pengguna puas memakai.

Harga yang dijual Lazada sempena Flash Sale ini adalah RM399 dan apa yang membuatkan telefon ini lebih cool adalah skrin full HD yang jarang sekali wujud dengan price range yang sama. Anda boleh dapatkannya di sini.

2. Xiaomi Mi Max

Buat pencinta phablet, kami ada berita baik buat anda. Xiaomi Mi Max kini turut dijual dengan harga promosi. Yeah!

Smartphone dengan skrin ‘gergasi’ 6.44-inci Full HD ini turut menggunakan cip Snapdragon 650 dan RAM 3GB. Jika anda merasakan storan 32GB masih belum mencukupi buat anda, anda boleh tambahkan ruang storan dengan penggunaan memori kad MicroSD sehingga 128GB.

Lebih menarik, Mi Max turut mengutamakan aspek kamera dimana kamera belakang dilengkapi dengan kamera 16 megapixel manakala kamera depan dengan 5 megapixel.

Untuk menampilkan feel elegen pada telefon anda, kami cadangkan anda dapatkan Xiaomi Mi Max dengan kemasan warna gold. Anda boleh dapatkan pilihan warna tersebut di sini.

3. Oneplus 3

Jika 2 telefon yang kami bincangkan sebelum ini lebih kepada mereka yang mahukan smartphone berbaloi dengan budget mereka, kali ini kami perkenalkan kepada smartphone high-spec dengan harga paling berbaloi.

Untuk pengetahuan anda, Oneplus 3 merupakan smartphone yang berjaya memberi saingan terbaik di dalam kategori Android. Kamera 16 megapixel Oneplus 3 antara kamera terbaik di dalam kelompok Android.

Selain itu, tahukah anda OnePlus hadir dengan spesifikasi yang agak ‘overpower’. Penggunaan Snapdragon 820 dan RAM 6GB membolehkan anda mengakses segala aplikasi tanpa sebarang masalah dengan lancar.

Dengan harga promosi RM1599, boleh dikatakan telefon ini merupakan telefon paling berbaloi anda boleh dapatkan buat pencinta spesifikasi tinggi serta tidak mahu berbelanja besar. Beli di sini.

4. Huawei P9

Siapa sangka, kolaborasi diantara dua jenama hebat ini mampu membuatkan penjualan jenama telefon ini meningkat dengan mendadak.

Model Huawei P9 dengan kolaborasi Huawei bersama Leica dibahagian kamera serta penyediaan dual-lens buatkan setiap imej yang diambil tampak lebih profesional.

Jika anda seorang yang sering mengambil gambar serta mahukan efek bokeh yang mantap, mendapatkan Huawei P9 sememangnya pilihan yang baik. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan Huawei P9.

Awesome bukan? Dalam pada itu, terdapat beberapa model Huawei P9 ditawarkan dengan saiz storan dan warna yang berbeza. Dapatkan Huawei P9 Gold dengan harga promosi RM1579.00 di sini.

5. Apple iPhone 7

Menyebut tentang iPhone pastinya tidak ada harga yang murah. Semuanya mahal dan premium. Kata orang, hanya peminat iPhone sahaja yang faham mengapa telefon jenama Apple ini mahal dan berbaloi.

Mendapatkan model terbaru berserta dual-lens Apple iPhone pastinya memberikan kepuasan buat pengguna mengambil gambar serta iOS yang sangat smooth. Apatah lagi jika digunakan dalam jangka masa yang lama. Pastinya berbaloi.

Kini Lazada turut mengadakan promosi dan model yang diumumkan adalah model terbaru iaitu Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Anda boleh rujuk di sini untuk dapatkan Apple iPhone 7 Plus dengan harga RM250 lebih rendah.

Promosi Flash Sale daripada Lazada ini cuma berlangsung selama 3 hari bermula 12 Disember 2016 iaitu hari ini sehingga 14 Disember 2016. Pelbagai barangan lain ditawarkan dengan harga promosi sebelum kembali kepada yang asal.