2016 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari sahaja lagi. Pelbagai model smartphone telah diumumkan pada tahun ini. Apakah perubahan terbesar dalam industri smartphone pada tahun ini pada pendapat anda?

Pada pendapat kami sudah pastinya kebanjiran smartphone keluaran China yang semakin mendapat tempat untuk pengguna Malaysia. Jenama-jenama seperti Oppo, Vivo dan Xiaomi semakin berjaya untuk menawarkan smartphone yang berkualiti serta harga yang rendah.

Sebelum ini kami pernah menerbitkan Senarai Telefon Terbaik 2016 pilihan MKBHD. Kali ini, Vocket tampil berbeza dengan mengeluarkan Smartphone Terbaik 2016 dengan range harga yang bersesuaian untuk pasaran Malaysia.

Artikel ini telah diatur bermula dengan telefon dengan harga yang rendah dan semakin meningkat kepada pemilihan Smartphone Terbaik Pilihan Vocket 2016. Pemilihan dipilih berdasarkan rekabentuk, spesifikasi, kualiti kamera serta range harga. Tanpa membuang masa, Let’s get started!

Xiaomi Mi 4i

Kami mulakan dengan telefon dengan harga yang rendah terlebih dahulu. Seperti yang anda tahu, Xiaomi sememangnya jenama yang mementingkan spesifikasi dan harga yang rendah.

Hadir dengan model Mi 4i, Xiaomi nampaknya mahu mengfokuskan kepada pengguna yang mahukan telefon dengan saiz skrin sederhana serta ketahanan bateri yang lama.

Penyediaan 2 slot micro sim membolehkan pengguna mengaktifkan dua nombor secara serentak. Dari segi spesifikasi, Mi 4i hadir dengan RAM 2GB serta cip Snapdragon 64 bit. Dalam erti kata lain, penggunaan aplikasi seperti Whatsapp, Telegram dan Facebook sememangnya tidak akan memberi masalah lagging.

Sesuai dengan harganya, telefon ini disasarkan buat pengguna yang mempunyai budget yang kecil serta sering menggunakan aplikasi yang tidak begitu berat. Skrin 5-inci yang cerah dan jelas pasti buatkan pengguna puas memakai. Dapatkannya di sini.

Oppo A37

Pencalanon yang agak mengejutkan untuk memilih Oppo A37 sebagai antara smartphone terbaik 2016 berdasarkan harganya. Tambahan pula, smartphone ini kurang diberi perhatian tech reviwer dan tech youtuber luar negara.

Rekabentuk yang nipis serta pemilihan warna yang mirip dengan iPhone berjaya memberikan feel premium pada smartphone ini. Penggunaan processor Snapdragon 420, RAM 2GB serta ROM 16 GB mungkin bukanlah kekuatan smartphone ini. Walaubagaimanapun, untuk penggunaan aplikasi permesejan, Oppo A37 dilihat tidak mempunyai masalah.

Menggunakan tagline ‘Brighten your selfie’ turut membuatkan kami skeptikal pada mulanya. Adakah smartphone daripada Oppo ini sekadar gimik atau sebaliknya? Salah seorang daripada editor kami cuba mengambil gambar menggunakan Oppo A37 dan ini adalah hasilnya.

Sangat awesome! Saturation dan contrast pada Oppo A37 sangat baik berdasarkan smartphone dengan range harga yang hampir sama.

Kamera hadapannya juga sangat baik membuatkan kami mencalonkan Oppo A37 sebagai smartphone dengan kamera terbaik untuk dengan budget dibawah RM700. Anda boleh dapatkannya di sini.

Xiaomi Redmi Note 4

Jika pada tahun lepas ramai pengguna berpuas hati dengan Xiaomi Redmi Note 3, pada tahun ini Xiaomi telah mengumumkan Xiaomi Redmi Note 4. Model Xiaomi Redmi Note 4 pada kali ini hadir dengan saiz skrin yang sama seperti model sebelumnya.

Dari segi performance, Redmi Note 4 dilengkapi dengan processor Mediatek MT6797 Helio X20 10 core. Penyediaan RAM 3GB dan storan 64 GB serta dilengkapi dengan slot MicroSD dan dualsim membuatkan smartphone ini kelihatan agak lengkap bagi kategori skrin besar berdasarkan harganya.

Apa yang membuatkan kami suka tentang Xiaomi Redmi Note 4 adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 4100mAh. Dalam erti kata lain, penggunaan Redmi Note 4 tanpa pengecasan selama 2 tampak releven dan logik. Ditambah pula dengan ‘fingerprint sensor‘ dan penggunaan metal di bahagian metal, membangkitkan lagi feel premium pada Xiaomi Redmi 4 ini.

Berkongsi harga yang sama dengan Oppo A37, Xiaomi Redmi Note 4 merupakan smartphone terbaik buat anda yang mahukan smartphone yang smooth serta saiz skrin yang besar. Dapatkannya di sini.

Xiaomi Mi 5

Bagi kategori smartphone terbaik dengan budget bawah RM1000, kami memilih Xiaomi Mi 5. Seperti yang kami sebutkan di awal artikel, Xiaomi sememangnya syarikat yang mahu memfokuskan kepada spesifikasi yang tinggi serta harga yang rendah.

Dengan harga RM999, anda bakal menerima sebuah smartphone dengan penggunaan processor Snapdragon 820. Processor yang sama digunakan pada flagship Sony, HTC, LG dan OnePlus. Ditambah pula denga RAM 3GB, Xiaomi Mi 5 memastikan pembukaan aplikasi berjalan dengan lancar.

Adakah masih berbaloi untuk dapatkan telefon yang sudah hampir 10 bulan di pasaran? Jawapan kami ‘Ya, sangat berbaloi’. Sukar untuk mendapatkan telefon yang mempunyai build quality dan spesifikasi yang ‘power’ dengan harga setanding Xiaomi Mi 5.

Telefon yang mula dijual dengan harga penjualan RM1549 kini dijual dengan harga promosi melalui sale Lazada. Anda boleh mendapatkan Xiaomi Mi 5 dengan RAM 3GB dan 32GB storage pada harga RM999 di sini.

LG Nexus 5X

LG Nexus 5X mungkin bukanlah pilihan yang popular buat pengguna di Malaysia namun buat peminat tegar Android yang tidak mahu berbelanja besar untuk dapatkan Stock Android experience, LG Nexus 5X masih releven untuk didapatkan.

Dari segi spesifikasi mungkin LG Nexus agak ‘terkebelakang’ memandangkan model ini merupakan smartphone keluaran 2015. Dalam pada itu, penggunaan Android 7.0 Nougat pada LG Nexus 5X ternyata membuatkan smartphone ini beraksi dengan sangat smooth.

Sebuah perkara lagi yang kami suka tentang LG Nexus 5X adalah penyediaan front facing speaker. Audio yang dikeluarkan sangat jelas serta membuatkan menonton video atau movie di smartphone lebih awesome. Anda boleh dapatkannya di sini.

Huawei P9

Siapa sangka, kolaborasi diantara dua jenama hebat ini mampu membuatkan penjualan jenama telefon ini meningkat dengan mendadak.

Model Huawei P9 dengan kolaborasi Huawei bersama Leica dibahagian kamera serta penyediaan dual-lens buatkan setiap imej yang diambil tampak lebih profesional.

Jika anda seorang yang sering mengambil gambar serta mahukan efek bokeh yang mantap, mendapatkan Huawei P9 sememangnya pilihan yang baik. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil menggunakan Huawei P9.

Awesome bukan? Model Huawei P9 Gold yang sebelum ini dijual dengan harga lebih RM2000 kini sedang dijual dengan harga promosi melalui RM1519.00 di sini. Berbaloi habis!

OnePlus 3

Jika Huawei P9 hadir sebagai smartphone camera paling berbaloi, OnePlus pula dipilih berdasarkan spesifikasi yang agak ‘overpower’. Penggunaan Snapdragon 820 dan RAM 6GB membolehkan anda mengakses segala aplikasi tanpa sebarang masalah dengan lancar.

Berdasarkan review kami, kami bersetuju untuk mengatakan OnePlus merupakan altenatif terbaik untuk model Samsung S7 Edge dan Google Pixel.

Oh ya, sekarang ini Lazada sedang mengadakan promosi dan harga penjualan bermula daripada RM1599. Smartphone ini merupakan telefon paling berbaloi anda boleh dapatkan buat pencinta spesifikasi tinggi serta tidak mahu berbelanja besar. Beli di sini.

Smartphone Terbaik 2016

Apabila membincangkan soal Smartphone terbaik, harga pastinya bukan lagi isu utama. Berdasarkan review kami,Vocket memilih untuk memberikan anugerah smartphone terbaik buat Samsung Galaxy S7 Edge dan iPhone 7 Plus.

Memandangkan 2 smartphone ini mewakili 2 platform OS berbeza, maknanya Samsung S7 Edge dipilih sebagai smartphone Android terbaik manakala iPhone 7 Plus dipilih smartphone iOS terbaik.

Dari segi kamera, Samsung Galaxy S7 Edge berjaya menawarkan imej yang lebih sharp ketika low light manakala untuk dari segi efek bokeh, iPhone 7 Plus lebih kehadapan. Lihat perbandingan iPhone 7 apabila dibandingkan bersama Leica M9-P di sini.

Buat anda yang mahukan spesifikasi yang hampir sama dengan saiz skrin sedikit kecil, iPhone 7 dan Samsung Galaxy S7 merupakan pilihan yang baik. Kedua-duanya berjaya mengguli carta sebagai ‘Top 5 Best Smarphone Camera 2016’ serta berjaya memberikan performance yang terbaik sepanjang penggunaan.

Buat anda yang mempunyai budget yang besar serta seorang Android Enthusiast, Google Pixel mungkin bakal menarik perhatian anda.

Dari segi pembelian berbaloi serta spesifikasi yang mantap, OnePlus 3 berjaya menarik perhatian kami manakala Huawei P9 dipilih sebagai smartphone paling berbaloi untuk didapatkan dari segi kualiti kamera.