Bagi peminat drama Korea, mesti anda ingat akan drama terkenal pada tahun 2015 iaitu She Was Pretty yang dilakonkan oleh Park Seo-joon dan Hwang Jung-eum. Umum mengetahui bahawa drama Korea She Was Pretty itu telah di ‘remake’ versi Malaysia dan ditayangkan secara eksklusif di Viu mulai 23 Jun 2022.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Pastinya para peminat berharap drama ‘remake’ She Was Pretty akan sebagus drama asal. Dapat dilihat di media sosial, ramai yang membandingkan beberapa babak ikonik dalam drama ‘remake’ tersebut.

Akan tetapi, product placement dalam drama She Was Pretty Malaysia telah menjadi bualan ramai apabila seorang pengguna TikTok @mayadeens berkongsi pendapatnya berhubung barangan penaja.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →
@mayadeens

#shewasprettymalaysia #viuoriginal #viumalaysia #kdrama

♬ Heartwarming weakness system “3 minutes cooking song”(941517) – ラフティープロダクション

@mayadeens

Reply to @ahmadpazilmdisa Terbaik lah abang yusri! Subscribed #viu sebab Ganjil, tak sangka #shewasprettymalaysia pun under him! The best Malaysian director ever!🙌🏽 #kdrama #viuoriginal

♬ original sound – Mayadeens – Mayadeens

Menurutnya, ada beberapa babak yang menunjukkan barangan penaja, Sunsilk diletakkan dalam drama tetapi kelihatan smooth dan bukannya ‘hard sell’. Tambahnya, inilah contoh terbaik untuk meletakkan jenama tajaan dalam sesebuah drama dan bukannya memperkenalkan produk seperti iklan serta tidak perlu tambah adegan tidak logik.

Perkongsian tersebut telah perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat wanita tersebut. Bukan itu sahaja, para netizen juga memuji produksi drama ‘remake’ She Was Pretty ini kerana membuat kajian terlebih dahulu.

Malah, para netizen juga mengatakan ini menunjukkan satu perkembangan yang baik dalam industri seni kerana tidak ada iklan yang ‘cringe’ dalam sesebuah drama untuk promosikan sesuatu produk itu.

Siri 16 episod ini ‘She Was Pretty’ versi Malaysia ini diterbitkan oleh Independent Pictures, diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dengan garapan skrip daripada Rafidah Abdullah.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

‘Pihak Perubatan Yang Pasang’ – Pengarah Drama Ini Nafi Dakwaan Sengaja Buat ‘Kesilapan’

Siap Guna Lesung Dan Pes Tempatan, Mat Saleh Masak Laksa Kari Terima Pujian Netizen