Sekiranya sebelum ini Snap hanya sekadar media sosial untuk pengguna merakam video singkat, kini nampaknya syarikat Snap melalui aplikasi Snapchat akan memperkenalkan video bersiri yang dikatakan mampu menjadi pencabar Netflix.

Menariknya, Snapchat pada kali ini hadir dengan gaya yang sedikit berbeza dimana video bersiri yang bakal dibawakan adalah berkonsepkan video menegak. Bukan itu sahaja, siri yang diperkenalkan turut dibawakan secara interaktif dimana pengguna berpeluang berinteraksi secara AR.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Inovasi yang dibuat ini pastinya membuatkan ramai yang teruja memandangkan masih belum ada video bersiri menegak yang berjaya menambat hati pengguna. Tonton video dibawah untuk melihat bagaimana Snap Originals bakal membawa pengguna menonton video secara menegak.