Jika sebelum ini Snapchat tampil dengan permainan Snappables, kini ia bakal tampil dengan platform game terbaru yang dinamakan sebagai Project Cognac. Inisiatif terbaru Snapchat ini dilihat sebagai salah satu cara  untuk aplikasi ini menambah jumlah pengguna.

Lebih menarik, permainan yang diperkenalkan bukan sahaja daripada Snapchat, malah para pembangun berpeluang memuat naik game mereka untuk dimainkan pada aplikasi ini.

104832047-GettyImages-858499230-snapchat.1910×1000

Snapchat hadir dengan permainan untuk meningkatkan pengguna di aplikasinya. Malah, syarikat Tencent yang merupakan syarikat permainan terbesar di China memiliki 10% saham dalam Snapchat.

Pastinya permainan baharu ini akan menarik semula pengguna Snapchat yang tidak lagi menggunakan aplikasi tersebut dan menarik pengguna baharu. Adakah anda teruja untuk mencuba? Project Cognac dikatakan bakal dilancarkan seawal bulan hadapan.

Sumber