Kalau hari Ahad ini anda tidak mempunyai apa-apa rancangan, apa kata anda ke Kenanga Wholesale Center (KWC) Tingkat 15 untuk acara SneakerLAH. SneakerLAH? Apa dia tu?

Kalau anda pertama kali mendengar berkenaan SneakerLAH ini, Sneakerlah adalah sneakers convention untuk peminat-peminat fesyen streetwear dan kasut. Saya dah pergi semalam dah memang rambang mata! Bagi siapa yang minat sneakers, ini umpama syurga dunia untuk anda. Ehem.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Banyak booth yang ada di SneakerLAH dari jenama-jenama hebat tempatan dan dunia antaranya Super Sunday, Nerd Unit, Pestle Mortar, F&N dan banyak lagi. Vans dan New Balance siap buat pameran esklusif lagi di SneakerLAH. Dan lagi best, anda berpeluang juga untuk menang kasut rare dengan menyertai acara ‘lucky draw’.

Kalau anda ada kasut lama yang mahu dicuci, ada juga servis mencuci kasut di SneakerLAH. Booth Sneakers SPA dan Crep Protect ada menawarkan servis ini dan cucian mereka memang bersih habis! Nak gunting rambut? Servis gunting rambut pun ada! Dan kedai-kedai streetwear seperti Hundred%, The Four Heads, Boundlezz dan banyak lagi turut sama-sama memeriahkan Sneakerlah dan ada kedai yang beri anda discount hebat!

Jadi anda ada masa sehingga malam ini untuk ke SneakerLAH. Dan setiap masa akan mempunyai selingan persembahan pentas oleh artis tempatan dan malam ni jam 8.30 malam ada persembahan Bunkface sebagai penutup tirai untuk acara SneakerLAH ini. Jadi apa tunggu lagi? Boleh dah ke KWC. Manalah tahu ada kasut yang ada berkenan. Dan kalau anda lapar, banyak stall ada di SneakerLAH ini dan saya recommend burrito Fancy Breakfast Club. Memang sedap.

img_1503-1

img_1509

img_1519

img_1521

img_1524

img_1526

P/S : Ada juga selipar, bracelet dan topi edisi khas sempena SneakerLAH ini. Siapa beli, dia rare.