Buku resipi yang diberi nama ‘From Crook To Cook’ yang mengandungi hidangan mewah sehingga hidangan ringkas yang juga merupakan makanan harian Snoop Dogg.

Buku resipi ini akan menemui peminat bermula Oktober ini. Khabar ini dikongsikan oleh penyanyi tersebut di laman sosial Instagramnya dan menerima reaksi positif dari peminat yang pastinya ingin memiliki senaskah buku dari penyanyi kesayangan mereka itu. Resipi yang trdapat dalam buku tersebut dijamin bebas daripada bahan-bahan yang tidak sepatutnya.

Untuk pengetahuan, pada tahun 2016 yang lepas Snoop Dogg pernah menyertai sebuah rancangan memasak bersama chef selebriti terkenal, Martha Stewart. Rancangan TV yang dikenali sebagai Martha & Snoop’s Potluck Dinner Party itu pernah dicalonkan dalam anugerah berprestij, Emmy Awards 2017.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group