Pembangun Servis Sewa Kereta SOCAR, semalam telah membuat dua pengumuman untuk pengguna di Malaysia iaitu pengumuman mengenai perjalanan sehala ke lapangan terbang KLIA dan KLIA2 dan pengumuman kedua YOLO Pass.

One-way Airport Drive atau perjalanan sehala ke lapangan terbang ini merupakan servis sewa kereta untuk ke lapangan terbang KLIA atau KLIA2 dan meninggalkan kereta ditempat parking kereta.

Pelanggan hanya perlu membayar RM50 ditambah dengan kadar sewa bergantung kepada jam serta kereta pilihan. Terdapat lebih daripada 10 model kereta yang berbeza termasuk model hatchback dan SUV. Walaubagaimanapun, servis ini masih belum ditawarkan di semua tempat dan anda harus mendapatnya di yang menyediakan tanda one way sahaja.

socar klia

Selain itu, SOCAR turut mengumumkan mengenai YOLO Pass dimana mulai Julai ini, SOCAR akan memilih secara rambang untuk memberikan mereka peluang sekali seumur hidup untuk ke tempat percutian secara spontan. Pengguna akan diberikan masa seminggu untuk menerima pas ini.

Sekiranya anda bersetuju untuk menerimanya, anda akan diberikan tiket penerbangan ke lokasi misteri di sekitar Asia tenggara termasuk Siem Reap, Bali atau Pulau Phi-Phi pada hujung minggu. Semua ini dilakukan untuk semangat YOLO (You Live Only Once). Kepada yang berminat untuk mencuba anda boleh memuat turun aplikasi ini Google Play atau App Store.