Pernahkah anda membayangkan sebuah aplikasi dimana anda boleh menyewa kereta dengan mudah. Tidak kira mengikut jam, hari atau minggu semuanya bakal diurus dengan mudah menggunakan SOCAR Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, SOCAR merupakan syarikat rangkaian kereta sewa terbesar di Korea Selatan. Seleksi pilihan kereta bermula daripada kereta kompak kepada kereta mewah antara yang ditawarkan oleh SOCAR.

socar5

Menariknya mengenai SOCAR, anda boleh menempah kenderaan hanya menggunakan aplikasi mudah alih. Menyoal dari segi mendapatkan kereta, anda boleh ke tempat dimana kereta berada dan unlock kereta anda hanya menggunakan aplikasi. Mudah bukan?

Memandangkan SOCAR baru sahaja dilancarkan di Malaysia, anda boleh mula menyewa kereta daripada syarikat ini dengan harga promosi iaitu RM28 selama satu jam. Pada kami harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan membolehkan syarikat ini untuk menambah bilangan pelanggan dengan cepat.

socar_image01

Setakat ini pilihan kereta yang ditawarkan SOCAR Malaysia masih lagi terhad. Kemungkinan anda perlu menunggu seketika sebelum SOCAR Malaysia meluaskan perkhidmatan mereka seperti di negara luar. Anda boleh muat turun aplikasi ini di Android dan iOS untuk mencubanya.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group