COVID-19 telah menyerang hampir 1 juta orang di seluruh dunia dengan angka kematian semakin hampir kepada 60,000 orang. Sejak penularan wabak ini, perintah berkurung telah dikuatkuasakan oleh beberapa negara, manakala penjarakan sosial juga dilakukan bagi membendung wabak ini.

Namun, itu bukanlah alasan bagi sesetengah orang untuk membatalkan apa yang sudah mereka rancang. Terbaharu, salah sebuah Universiti di Jepun telah menggunakan robot bagi upacara konvokesyen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
0328-1
BBT
0328-2
BBT

Universiti Perniagaan Terobosan (BBT University) telah mengadakan satu majlis konvokesyen pada 28 Mac di Hotel Grand Palace di Chiyoda, Tokyo.

Sebahagian besar daripada pelajar telah menggunakan aplikasi Zoom untuk menghadiri upacara tersebut, namun empat pelajar telah memutuskan untuk menghantar robot bagi menggantikan tempat mereka.

0328-3-2
BBT
0328-7
BBT

Mereka dilaporkan telah mengawal robot tersebut yang dikenali sebagai ‘Newme’ untuk majlis menerima sijil konvokesyen. Robot tersebut juga telah dipakaikan dengan pakaian rasmi konvokesyen.

Walaubagaimanapun, Tokyo masih belum mengeluarkan apa-apa perintah lockdown namun beberapa sekolah dan syarikat telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi bagi membendung wabak COVID-19.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di Jepun, klik pautan di bawah.

Pelawak Lagenda Jepun, Ken Shimura Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Peningkatan Kes COVID-19, Jepun Gantung Kemudahan Visa Untuk 11 Negara Mulai Hari Ini

Sumber