Sejak pada awal tahun ini, WeWork selaku syarikat yang menawarkan servis open space office buat orang ramai melakukan kerja nampaknya tidak lekang dengan pelbagai isu melibatkan syarikat mereka.

Kegagalan untuk memperoleh keuntungan di beberapa lokasi yang dibuka serta isu dalam yang berlaku telah membuatkan WeWork yang sebelum ini bernilai $42 bilion (RM196.35 bilion) menurun kepada $10 bilion (RM41.78 bilion) dalam jangka masa 10 bulan bermula Januari 2019.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_3_9_6_4_23054693-3-eng-GB_Cropped-15712321861222799
Nikkei Asian Review

Berdasarkan rundingan antara dua syarikat ini, SoftBank Group dilaporkan menawarkan pembiayaan berjumlah $5 bilion (RM20.92 bilion) serta $3 bilion (RM12.55 bilion) tawaran tender kepada para pelabur, pemegang saham serta Adam Neumann selaku pengasas syarikat WeWork. Rundingan ini bakal memperlihatkan SoftBank Group menguasai 80% saham WeWork.

Pengambilalihan ini bakal memperlihatkan CEO WeWork yang dipegang oleh Adam Neumann diganti oleh Ketua Pegawai Operasi SoftBank iaitu Marcelo Claure. Adam Neumann pula bakal bertugas sebagai penasihat operasi WeWork.

Untuk pengetahuan, WeWork pernah membuka cawangan mereka di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur. Ketahui lebih lanjut mengenai WeWork dengan klik pautan di bawah.

WeWork Membuka Cawangan Terbesar Di Malaysia

Nilai Syarikat WeWork Terpaksa Diturunkan Sebanyak RM155 Bilion Sepanjang Sembilan Bulan

 

Sumber