Pemengaruh media sosial Sofyank menjadi juara Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Acara yang dianjurkan oleh Zach King ini mempertandingkan beberapa artis VFX dalam merebut juara bulanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di dalam video yang dimuat naik oleh Zach King yang bertajuk ‘Is This The Next Zach King?’, kelihatan Sofyank dan dua orang artis VFX berentap untuk merebut gelaran juara.

Setiap peserta akan diberikan beberapa cabaran dan diakhirnya nanti mereka akan diminta untuk menyiapkan satu karya pendek VFX yang bakal diadili oleh juri.

Tiga juri terbabit adalah Kelli, Wren dan pengacara rancangan Mythbuster iaitu Adam Savage.

Di dalam video terbabit, kelihatan Adam Savage kagum dengan hasil kerja Sofyank yang berjaya menggunakan kesan VFX untuk menipu beliau.

Selain itu, Wren juga telah memberikan komen positif kepada sofyank yang berjaya menukar epal menjadi sebuah kek.

diakhir video terbabit, Sofyank diangkat sebagai juara Ultimate VFX Challenge menewaskan dua lagi pesaing yang lain.