Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sofyank telah berjaya menempa namanya di persada antarabangsa kerana kehebatan visual efek yang dihasilkan pada video. Jadi, ramai yang mula tertanya-tanya sekiranya beliau berminat untuk membuka syarikat produksi sendiri di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Beliau bagaimanapun telah menjawab persoalan tersebut dengan mengatakan bakal membuka ‘studio house’ yang kecil terlebih dahulu sebagai permulaan menerusi ciapan di akaun Twitternya.

Malah, beliau berpendapat untuk membuka sesebuah syarikat produksi adalah suatu impian yang terlalu besar buat masa ini. Kita pun sedia maklum penubuhan syarikat produksi memerlukan kos yang besar, peralatan canggih dan tenaga kerja yang mencukupi.

Bahkan, beliau mahu cuba mulakan dengan perlahan dan tidak tergesa-gesa sebelum membuka sebuah syarikat produksi yang profesional.

Menerusi temu bual baru- baru ini, beliau kini terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana individu atau syarikat dalam menghasilkan video karya kreatif.

Di samping itu, beliau tidak meletakkan sebarang syarat untuk penyertaan pasukannya kelak tetapi perlu mahir dalam penyuntingan agar boleh menghasilkan pelbagai video menarik dan hebat.

Menerusi ke ruang komentar, ramai yang mendoakan beliau agar boleh menjayakan studio house tersebut di samping ramai yang berminat untuk berkerja dengannya.