Sejak mula diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah mengenai permohonan lesen daripada FINAS bagi menjalankan penggambaran, media sosial dilihat sangat kecoh dan kurang senang dengan syarat yang diletakkan FINAS.

Syaratnya yang terlampau berat buat penghasil konten serta vlogger di YouTube antara yang mengundang kepada pelbagai komen di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, YouTuber Sofyank96 yang popular dengan skil suntingan videonya yang memukau serta berjaya menambat hati Zach King turut berkongsi detik awal beliau mula belajar menyunting video 10 tahun yang lalu.

Ternyata permulaan Sofyank96 dalam industri suntingan video tidak bermula dengan mudah. Berbekalkan laptop kakaknya yang hanya boleh digunakan dua kali sebulan kerana terpaksa menanti kakanya pulang dari universiti, Sofyank96 mulakan hobinya menerusi video tutorial daripada YouTube yang terpaksa beliau muat naik di cyber cafe.

Meskipun mempunyai minat yang tinggi, tidak mempunyai kelengkapannya yang mencukupi sedikit sebanyak turut memberi kekangan buat dirinya. Beliau turut meluahkan kekecewaan terhadap syarat yang dikenakan FINAS dimana wang ini sedikit sebanyak pastinya dapat digunakan penghasil konten dalam mendapatkan kelengkapan kamera dan sebagainya.

Lesen FINAS yang mahal menurut beliau sedikit sebanyak turut mematahkan semangat mereka selaku penghasil konten sekaligus menguburkan hasrat golongan ini yang berminat untuk menghasilkan video dengan cara yang kreatif.

Beliau berharap pihak FINAS pertimbangkan pengenalan permohonan yang lesen yang mahal ini dalam memastikan usaha anak muda yang berminat dengan penghasilan konten tidak disekat. Anda boleh video di bawah untuk melihat karya awal Sofyank96.

Selain daripada mendapat perhatian daripada Zach King, Sofyank96 juga turut pernah berkolaborasi bersama Will Smith. Anda boleh klik artikel di bawah untuk menontonnya.

Tonton Video Kolaborasi ‘Awesome’ Antara Sofyank96 Dan Will Smith

Tidak Lagi Terpegun, Zach King Anggap Sofyank96 Pengkarya Yang Hebat Dan ‘Fun’