Mohamad Sofian atau Sofyank96 sememangnya antara artis visual tempatan yang bijak memanipulasikan video sehingga otai seperti Zach King sendiri salute dengan skil manipulasi Sofian.

Baharu sahaja sebentar tadi, Sofian berkongsikan di Instagram video teaser terbarunya menampilkan lagenda Hollywood iaitu Will Smith. Anda boleh tonton video dibawah untuk melihat kecekapan beliau dalam menyunting video.

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →

Lebih membuatkan orang ramai teruja, video ini pada mulanya dibuat sekadar untuk memaparkan beliau bersama Will Smith. Walau bagaimanapun, beliau mendapat idea untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza berikutan gaya Will Smith dihadapan kamera.

Screen Shot 2019-10-03 at 3.18.05 PM

Beliau juga turut menjanjikan video yang lebih panjang dan awesome selepas proses suntingan siap. Walau bagaimanapun, tahniah kami ucapkan buat pencapaian Sofian yang berjaya mencuri perhatian ramai.

Bermula dengan idola beliau iaitu Zack King, kini beliau telah bekerjasama bersama Will Smith untuk menghasilkan video. Sama-sama kita nantikan video terbaru beliau menampilkan lagenda Hollywood ini.

Will Smith pula bakal muncul dalam filem yang dibintangi oleh beliau, Gemini Man di pawagam seluruh dunia pada 10 Oktober 2019. Filem ini mengisahkan tentang watak Henry Brogan yang cuba menyelamatkan diri daripada dirinya sendiri. Banyak kesan khas berteknologi tinggi ditampilkan dalam video ini. Nantikan di pawagam berdekatan anda.

Zach King sebelum ini menghasilkan video khas buat Sofian ketika beliau terbang untuk urusan kerja di Indonesia. Ternyata Zach King juga tabik dengan skil editing Sofian!

Lihat Zach King Dedikasikan Video Terbarunya Khas Buat Sofyank96

Zach King Popular Kerana Silap Mata Digital Di Media Sosial

Hanya 6 Saat Diperlukan Lelaki Ini Untuk Meraih Perhatian Jutaan Orang Seluruh Dunia

 

Anda Mungkin Suka