Nak isteri yang hebat? Nak anak yang hebat? Jadilah suami dan bapa yang hebat.

Alhamdulillah, hari ini isteri dah dapat result MSc. of Project Management. Bila tengok keputusan tu, Safar rasa berbaloi dengan semua dugaan yang dilalui. Safar lulusan diploma je tapi nak isteri pergi jauh. CGPA isteri? Alhamdulillah, 3.8 dan thesis dia A. Viva dia prepare 2 hari je sebab anak sakit tapi dapat respond yang positif dari pensyarah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai tak kat sini yang isteri nak sambung belajar? Sebagai suami dan bapa, ada beberapa benda yang kita boleh buat untuk sokong isteri. Asyik baca perkongsian di The Vocket pasal cabaran buat Master dan PhD. Belum ada lagi sebut macam mana nak jadi supportive pada isteri.

1. Ambil bahagian dalam urusan anak-anak

sokong-isteri-siapkan-master-1
Waktu ni teman isteri tulis thesis kat surau Fakulti Alam Bina, UM. Bawa anak. Safar duduk saf lelaki. Berkampung sampai jam 12 malam.

Anak nak susu, nak main, nak makan, tukar pampers, mandikan, tolong semua ini. Bila sebut level postgrad, pensyarah isteri pernah berbual dengan Safar, semua assignment mesti tunjuk certain level of ‘maturity’.

Oleh itu, kena banyak membaca dan fokus. Kalau sibuk nak tengok Man U lawan Arsenal je, sibuk nak lepak mamak dengan kawan, sibuk nak COC dan main Pokemon, anak entah kat mana… kesian isteri tak boleh fokus.

2. Carilah jalan cukupkan kewangan

sokong-isteri-siapkan-master-5
Isteri hantar thesis di fakulti.

Sepanjang belajar, rasanya tak kurang RM1500 dibelanjakan untuk buku saja. Buku semua dari overseas pulak tu. Baucar buku 1 Malaysia nilainya RM250, jadi kena lah top up lagi.

Untuk kos cetakan, pelajar UM print black and white 10 sen sehelai, tapi Safar anggar habis dalam RM1000 juga. Kos cetak thesis, hard bind, cecah RM300  – RM400. Itu belum masuk kos cetak poster, photostat, correction paper, travel sana sini dan baju presentation.

Masa tu juga Safar pulak, pendapatan kedai merundum. Struggle cari dan nak pastikan semua keperluan isteri cukup. Isteri nak kerja, maaf, Safar tak bagi. Fokus belajar dulu. Komitmen dia sendiri dah cukup banyak, tak perlu sibukkan lagi diri dengan komitmen tambahan.

3. Doa

sokong-isteri-siapkan-master-3
Isteri present group project dan saya hadir untuk beri sokongan.

Tiap-tiap kali exam, isteri minta Safar doakan dia. Doa bukan takat tadah tangan je ye. Minta dengan Allah SWT tu susun ayat sebaik-baiknya. Minta bersungguh-sungguh. Kalau isteri bangun susukan anak, kita bangunlah Qiam. Bukan bangun buka TV tengok wrestling. Ahaks!

4. Motivate isteri

sokong-isteri-siapkan-master-2
Gambar isteri, rakan-rakan, pensyarah dan panel penilai.

Bab motivate ni ramai je yang akan cakap, saya motivate isteri saya. Makna motivate tu besar. Tengah dia down sebab tak dapat data cukup untuk research, jangan serabutkan dengan minta dia buat itu ini. Tengah dia pening sebab tak tahu nak susun masa macam mana antara anak sakit dan assignment, bantu dia stabilkan emosinya balik.

Safar sendiri pernah teman isteri taip thesis sampai 3 pagi sebab takut dia tertidur. Pernah juga anak kena sakit kuku, tangan dan mulut, merengek sepanjang malam. Safar bagitau isteri siapkan assignment dia yang dah sedia tertangguh dan Safar jaga anak, walaupun letih urus kedai makan.

Isteri tahu tanggungjawab dia. Tapi tak perlu kita serabutkan dengan masalah yang kita boleh ambil bahagian untuk ringankan. Tak mudah, tapi jadi lelaki tak boleh lah lembik. Isteri kita kuat, tapi emosi dia ada naik turun.

sokong-isteri-siapkan-master-6
Ketika isteri peluk anak di hospital Sg Buloh waktu kena tahan wad kerana sakit tangan, kuku dan mulut.

sokong-isteri-siapkan-master-4

Semua yang kita korbankan, walaupun orang Kelate kata ‘parok’, akan jadi manis bila kita tengok result isteri. Macam tak ingat dah penat dan perit jerih tu semua. Orang kata berlagak lah, nak tunjuk isteri bagus lah. Ada Safar kisah? Haha. Sebab mereka tak lalui kesusahan kami. Jadi tak ada makna bagi mereka nak celebrate kejayaan kami.