Nota Editor: Tip ini pada asalnya telah dikongsikan di Facebook Page Otaku Backpackers – Low Cost Trip to Japan. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia dapat membantu anda yang bakal travel ke Jepun.

Tips Penjagaan Solat Ketika Melancong ke Jepun

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

Ketika bermusafir di negara orang terutama negara bukan Muslim, pastinya tempat Solat menjadi persoalan utama setiap hari. Walaupun Jepun bukan negara Islam, tetapi semakin hari semakin mudah untuk mencari tempat solat kerana betapa prihatinnya kerajaan Jepun terhadap keperluan umat Islam terutama bagi pelancong.

Jom kami kongsikan tips penjagaan solat dan beberapa tempat Solat yang boleh anda dapati sepanjang trip anda di Jepun. Semoga dengan menjaga solat anda, trip anda lebih diberkati lagi.

1. Tokyo Masjid Camii

travel-ke-jepun-2

Masjid yang terbesar di Jepun ini terletak di Yoyogi-Uehara, berhampiran dengan Shibuya dan Harajuku. Jaraknya cuma 5 minit berjalan kaki dari stesen Yoyogi-Uehara (Chiyoda Line).

Dengan fasiliti yang lengkap serta staf yang sedia membantu, anda dapat menunaikan ibadah dengan tenang di sini. Terdapat juga cenderamata masjid untuk dijual dan hasilnya diwakafkan bagi kegunaan maintenance masjid serta aktiviti dakwah Islam di Tokyo.

2. Masjid Assalaam

travel-ke-jepun-3

Masjid kecil ini terletak di Ueno. Ueno merupakan salah satu tempat shopping ‘favorite’ bagi pelancong dari Malaysia, Indonesia dan seumpamanya. masjid ini cuma 10 minit jarak berjalan kaki dari stesen JR Ueno, atau JR Okachimachi, ataupun 5 minit dari Naka-Okachimachi (Oedo Line).

Berhenti shopping seketika untuk menunaikan kewajipan anda, pasti lebih tenang dan seronok rasanya.

3. Masjid Otsuka

travel-ke-jepun-4

Masjid ini letaknya cuma 1 stesen dari Ikebukuro. Ikebukuro merupakan bandar yang penuh tarikan seperti game center, panggung wayang, Pokemon Center, J-World dan sebagainya.

Masjid ini terletak berhampiran JR Otsuka station,di kawasan perumahan yang tenang. Terdapat juga restoran Pakistan yang halal berdekatan dengan masjid ini.

4. Narita-Ya Halal Ramen Restaurant

travel-ke-jepun-5

Ketika berkunjung ke Sensoji-Temple di Asakusa, pastikan anda singgah di restoran Narita-Ya. Restoran ini menyediakan hidangan Ramen yang dijamin 100% halal, dan turut menyediakan bilik Solat khas lengkap dengan tempat berwuduk untuk kegunaan pengunjung.

5. Surau di Tokyo Big Sight, Odaiba

travel-ke-jepun-6

Sekiranya anda berkunjung ke Odaiba untuk melawat Gundam Statue, ataupun bersiar-siar di tepi pantai, bolehlah singgah di Tokyo Big Sight Convention Center yang terletak di Kokusai-Tenjijo Station (Yurikamome Line). Pusat Konvensyen yang besar ini baru-baru ini telah turut menyediakan Musolla/Prayer Room bagi kemudahan umat Islam.

6. Surau di Osaka-Umeda Station

travel-ke-jepun-7

Bagi yang memilih untuk ke bahagian Kansai (Osaka,Kyoto,Nara), pasti akan melalui Osaka station atau juga dikenali dengan Umeda station. Stesyen Tren yang besar ini turut menyediakan kemudahan surau. Jika anda tidak pasti kedudukannya, bertanyalah pada petugas stesyen atau information center dan mereka akan tunjukkan jalan pada anda.

7. Surau di Gotemba Premium Outlets

travel-ke-jepun-8

Lagi bagi yang gemar membeli-belah, Gotemba Premium Outlets yang terletak berdekatan Mt. Fuji turut dilengkapi kemudahan surau yang besar. Ianya terletak di East Zone, walaupun agak jauh namun selesa dan sesuai bagi anda merehatkan diri setelah seharian membeli-belah di Premium Outlets yang begitu besar itu.

8. Selain daripada itu, Narita Airport, Haneda Airport dan Kansai International Airport juga kini sudah dilengkapi dengan prayer room yang luas dan selesa.

travel-ke-jepun-9

Di Kyoto juga terdapat masjid di Islamic Cultural Center. Jika anda ke Kobe pula, Masjid Kobe iaitu masjid pertama di Jepun juga wajib anda singgahi.

9. Jika anda tidak temui atau jauh dari Surau/Masjid yang kami kongsikan, pastikan anda membawa kompas kiblat dan sejadah dsb, dan carilah taman-taman atau kawasan lapang seperti parking lot. Jangan risau, kawasan taman di Jepun atau mana-mana kawasan outdoor teramatlah bersih.

travel-ke-jepun-10

Jika ragu-ragu, tanyalah pada petugas di stesyen tren atau mana-mana tempat, mereka pasti tidak akan teragak-agak untuk membantu anda mencari tempat yang sesuai untuk Solat.

Anda ada tempat solat lain di Jepun yang ingin anda kongsikan? Komen di bawah dan share demi kebaikan kita bersama ketika bermusafir In Sha Allah.

BACA: Wanita Bertudung Yang Dijaga Tuhan Sewaktu Travel

BACA juga: Tutorial Mudah 9 Cara Rakam Gambar Masa Travel

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka