Imej agama Islam pada padangan negara barat seperti Amerika Syarikat sering kali dikaitkan dengan keganasan serta mengamalkan ekstremisme. Meskipun sebahagian besar apa yang didakwa tidak benar, namun perkara tersebut masih lagi menjadi stereotaip buat sesetengah individu di negara tersebut.
Dalam usaha untuk membawa imej Islam yang lebih mesra serta bebas daripada keganasan, sebuah kumpulan pendakwah dari Amerika Syarikat telah berjaya menjayakan Solat Tarawih perdana yang diadakan di sebuah lokasi popular dunia iaitu Times Square, New York.
Selain mengimarahkan bulan Ramadan serta beribadat, program ini dilihat sebagai salah satu langkah untuk orang ramai mengenali Islam dengan lebih dekat serta menjauhkan daripad stigma negatif terhadap agama ini.
Taraweeh prayers were held in Times Square… pic.twitter.com/mv1hy344dm
— • (@Alhamdhulillaah) March 26, 2023
#HappeningNow Hundreds of people gathered in Times Square for #Ramadan2023 joining in prayer.
A Historical Dawah Event, Taraweeh in Times Square.
Video by @L2FTV [email protected] to license pic.twitter.com/kWmwkEcD2K
— Oliya Scootercaster 🛴🌻 (@ScooterCasterNY) March 26, 2023
Kejayaan mengadakan Solat Tarawih perdana di Times Square ini rata-ratanya telah mendapat respon positif di kalangan netizen negara luar. Tidak kurang juga yang terharu dengan kagum melihat kejayaan kumpulan pendakwah ini dalam mengajak Muslim di Amerika Syarikat untuk turut serta bersama.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang tampil mempertikaikan tujuan beribadat di tengah-tengah lokasi yang sesak sedangkan ibadat ini boleh sahaja diadakan di masjid berdekatan.
The world is starting to heal mashallah 🥹 https://t.co/YhRYfKrU1C
— sulekha (@sulekha_amm) March 26, 2023
Can u guys just please pray in your local masajid man.. this performative stuff is so unnecessary https://t.co/Q5IKDllcGR
— myDrose🧌مي د روز (@IdcAboutRatio) March 26, 2023
Amazing masha’Allah!! https://t.co/r5EiYzEQ8d
— Salam Chawa (@salamsh1) March 26, 2023
Untuk pengetahuan, program yang dilakukan ini bukanlah pertama kali diadakan. Program Solat Tarawih di Times Square ini mulai diadakan bermula tahun lalu yang turut berjaya menjemput ribuan Muslim Amerika Syarikat turut serta bersama.