Kasut Vans x Pa’din memang menjadi rebutan ramai apabila ianya sold out pada hari pertama ianya dilancarkan Sabtu lalu. Hebat penangan kasut Pa’din Musa ini.

Memang pelbagai ragam yang membeli kasut ini Sabtu lalu. Ada yang sanggup turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur untuk membeli kasut ini. Ada yang sanggup ke Singapura untuk membeli stok Vans ini di negara seberang. Semuanya untuk memberi sokongan kepada kasut kolaborasi pertama anak tempatan bersama Vans.

Tetapi lumrah kehidupan pasti ada yang mengambil kesempatan untuk membeli dan menjual kembali. Ada juga yang mahu terus menjual kasut ini dengan harga tiga kali ganda harga asal (RM299 dan RM319 harga jualan) namun membuang kembali iklan berkenaan selepas dikecam.

Tetapi apa pun, kasut Vans x Pa’din ada satu kolaborasi yang berjaya dengan pilihan warnanya yang turut melambangkan identiti Malaysia. Bagi resellers pula, juallah pada harga yang berpatutan. Ramai yang nak juga merasa pakai kasut ini. Semoga akan ada kolaborasi baharu Vans dengan anak tempatan di masa akan datang. Jalan terus!

Bagi yang belum sempat melihat dokumentari khas Pa’din Musa ‘Demi’, klik di sini.