‘Salted peanuts’ yang diberikan secara percuma bersama air jus oren ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines pasti menjadi kerinduan ramai. Tidak cukup satu, peminat kacang mesti akan setuju bahawa kacang Malaysia Airlines antara terbaik.

Terbaharu, Malaysia Airlines telah menawarkan kepada orang ramai untuk membeli kacang istimewa syarikat penerbangan tersebut. Hanya berharga RM15 dan anda akan mendapat 10 paket ‘salted peanuts’ dalam kotak yang direka khas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang mengejutkan, kacang tersebut habis terjual dalam masa 2 jam sahaja. Tidak perlu risau, Malaysia Airlines akan ‘restock’ semula dan anda boleh dapatkan kelak.

Pihak Malaysia Airlines turut berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia yang membeli ‘Salted Peanuts’ ini. Jika sudah ‘restock’, adakah anda mahu membelinya?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik tentang syarikat penerbangan ketika ini pada pautan di bawah.

Lancar Logo Dan Identiti Baru, AirAsia Tawar Promosi Sehingga 90% Seluruh Stor Bermula 12 Oktober

Ikuti Cabaran Yang Dilalui Kapten AirAsia Ini Sepanjang ‘Terbang’ Ke Industri F&B

Diambang Kejatuhan, Netizen Sedih Dan Mahu Kerajaan Pertahankan Malaysia Airlines