Semalam, pelakon Nur Fazura telah melancarkan secara rasmi koleksi tudung Merdeka di bawah jenama miliknya iaitu Tudung Fazura. Apa yang mengejutkan, tidak sampai 3 jam dilancarkan, kesemua tudung habis terjual.

Malah, pihak pengurusan turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang membeli koleksi tersebut sehingga habis terjual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CTExEOoJoNH/

Difahamkan, 80,000 helai tudung telah habis diborong peminat dan menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa kecewa kerana gagal mendapatkan koleksi tudung tersebut.

Untuk pengetahuan anda, koleksi tudung Merdeka ini dihasilkan daripada Japanese Cotton Voile dengan 9 corak eksklusif dijual pada harga RM27 sahaja. Dijual dengan harga murah mungkin menjadi faktor para peminat dapat membelinya sehingga ‘sold out’.

Sementara itu, kami kongsikan artikel bagaimana anda boleh gayakan tudung anda pada pautan di bawah ini.

Tip Kelihatan Lebih Cantik Dengan Tudung Yang Sesuai Pada Wajah Anda

4 Gaya Tudung Yang Menggambarkan Stail Personaliti Anda

Tudung Bawal Exclusive Berharga RM33,000 Jadi Milik Usahawan Kelantan